Wednesday, February 15, 2012

Kau tabligh sekarang?


Aku dengar kau karkun sekarang, kawan.Tiga hari setiap
hujung minggu. Dua minggu setiap hujung bulan. Empat puluh hari tanpa
jemu.Datang kau sekarang dengan jubah, putih.Senyum kau sekarang
dengan siwak, bersih.Dagumu berjanggut.Beratmu yang susut. Apa khabar
saudaraku, sekian lama tidak ketemu. Bukankah kau anak kampung yang aku
kenal dahulu.Yang datang si dara, kau bersiul berlagu. Yang datang si
janda, kau malu tersipu. Di tepi parit, di tembok jambatan. Kau, aku dan
gitar-gitar. Di waktu maghrib, dihalau azan. Kau, aku
terketar-ketar. 
Bukankah kau pemuda yang selalu berkata dahulu. Hidup
ini tanpa lagu rock. Seperti ayam tidak berkokok. Bak kenyang yang tidak
cocok. Kalau tidak menghisap rokok. Falsafah kita bersama. Kau, aku
dan kerjaya. Biarlah tidak kaya-raya. Asalkan kita boleh
bergaya. Sekarang lihatlah. Betapa cerah. Sinaran wajah. Penghuni
Jannah. 
Aku dengar kau giat tabligh sekarang, kawan...Dari surau ke
surau. Dari kampung ke kampung. Dari pulau ke pulau. Dari tanjung ke
tanjung. Kaujelajah. DIA Kau daki DIA Kau redah DIA Kau takik
DIA;Satu persatu cabaran, dengan tabah kau tawan. Aku dengar kau alim
sekarang, kawanBahasamu berlapik, tuturmu halus belaka. Tidak lagi
memekik, macam orang Melaka. Jelinganmu rendah, matamu sejuk bak
salji. Isterimu berpurdah, anakmu khusyuk mengaji. Seleramu buta, tidak akan
memilih. Asalkan ada, tidak akan merintih. Kau yang aku
lihat. Dan Kau yang aku ingat: Bak siput dan kilat. 
Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah. Kau bertamu di teratak murahku?Yang aku
menangi mudah. Dari loteri tajaan syarikat jamu?Yang aku hiasi
meriah. Dengan potret gadis idaman kalbu?Mahukah kiranya kini, sesudah
kau berubahKau menjamah masakan hidanganku?Seorang yang tidak
bersembahyangYang berdoa bila perlu?Seorang yang sujud untuk
menayang. Yang dia alim Muslim bermutu?
Mahukah kiranya kini,
sesudah kau berubahKau datang menziarahiku?Sedang kau menasihat dan
bermesyuarat. Biarlah aku hidang teh dan air jus. Sedang kau bersyarah dan
bertazkirah. Biarlah aku tenung anak matamu. Dan aku khayal
mengelamun. Dan aku berangan sampai ke Jepun Kata-katamuTidak
meninggalkan kesanIa berlalu Dari telinga kiri ke
kanan Oh Kawan lamaku, si karkun Usaha murnimu yang
tekun Adakah Kau menghargai sama Pengalaman lama?MahukahKau
menilai semula. Persahabatan kita?Mahukah kiranya kini, sesudah kau
berubah?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...