Friday, February 17, 2012

Aku dan Tabligh!!!!

KELUAR DIJALAN ALLAH
Erm sebenarnye dah lama jugak aku nak buat entry tajuk ni tp disebabkan tiada masa terpaksalah aku tanguh dari buat entry ni..

Ape kaitan aku dengan tajuk kali ni..kalau yang membaca mesti tertnya2 ape la dia..tu pun kalau ada orang baca blog aku ni haha..lagi pun blog aku ni baru je beroperasi so kebanyakan entry yang aku nak sumbat untuk bulan februari ni kebanyakannya adalah pengenalan tentang siapa diri hamba ALLAH ni yang lemah dan tak berdaya tanpa kudrat dari ALLAH.


Tadi lepas balik je dari surau aku terserempak la dengan seorang karkun(orang yang buat usaha dakwah atau org malaysia lebih kenal sebgai Tabligh) ni yang aku dah kenal sejak aku mula rajin datg solat kat surau dekat rumah aku ni..dia la karkun yang paling strong sekali kat marhalah bandar puteri klang ni...kalau ada2 ape2 info pasal dakwah atau usaha ni dia lah yang rajin dok bagi tau kat aku. Last week memg dia bg info kat aku yang mingu ni ada keluar tiga hari kat shah alam. So memg aku dah prepair untuk keluar ni. stelah diberitahu bayan hidayat akan start esok pagi dan dia akan call aku bila nak pergi nanti. So hati aku terasa senang sikit sebab dah lama aku dah tk keluar 3 hari..kali terakhir keluar pun rasa2nya dah 3 tahun yang lepas...huu lama tu..Ya ALLAH maafkanlah aku kerana berpaling stelah engkau tunjukkan jalan yang lurus pada ku.
Dalam istilah tabligh diorang pangil orang macam aku ni karkun sejuk sebab dah lama tak buat kerja dakwah. Tapi orang lama2 kata usaha agama ni special terutama usaha tabligh(actually tkda nama pun usaha ni, inilah kerja nabi2) sebab orang yang pernah buat usaha ni pasti akan buat balik usaha ni sebab dia nampak perbezaan nya bila tk buat usaha ni. Bila usaha ni ditingalkan makanya banyaklah amalan agama perlahan2 aku tingalkan...dari solat kat masjid smpai la aku solat kat rumah je...memg langsung tkde kekuatan bila tak usaha ketas iman sebagaimana kita usaha keatas perkara dunia ni.

oklah terus kepada cerita yang aku nak smpaikan dalam entry kali ini. sebenarnya aku mula2 dapat buat usaha ni bermula masa aku belajar kat GMI atau nama panjang dia German Malaysian Institute. Aku belajar dalam bidang teknikal. Kalau tak silap aku start buat usaha ni masa sem4. Masa tulah aku baru mendekatkan diri dengan surau dan aktiviti2 disurau..time tu aku ikut pun sebab ada kwan sebilik aku ajak..kalau tkda dia memg aku tk pergi punye..hehe...
Memang jadi kemestian kalau pada hari2 tertentu student2 yang buat usaha ni akan datang kebilik hostel budak2 laki dan salah satunya bilik aku haha..jadi nak dijadikan cerita kalau diorang ni datang je ziarah bilik aku budak2 lain semua akan pakat lari bertaburan keserata alam sebab takut kene ceramah punya pasal haha..time tu aku belum lg ikut usaha ni..ade yg dok dalam bilik air..ade yang dok bawah katil pun ade, dan ade gak yang nyorok dalam alamari haha...bila terkenang peristiwa ni memg lucu. Tapi aku sebenarnya sangat2 bersyukur sebab aku dipilih oleh ALLAH untuk kerja2 nabi ni...hanya dengan kerja nabi nilah ALLAH mengangkat darjat umat akhir zaman ni..rasanya kalau nak harapkan amal kita yang tk seberapa ni...apelah sangt...dah la solat nya lintang pukang..belum lagi amalan2 yang lain...sebab ada satu hadis nabi yang mafhumnya semulia2 umat adalah umat akhir zaman kerana ape? kerana ALLAH telah mewariskan kerja2 nabi kepada umat ini..kalau sebelum nabi Muhammad tiba kaum2 nabi terdahulu hanya diperintahkan ALLAH untuk beriman untuk diri sendri je..tkde pun ALLAH suruh diorg buat kerja2 dakwah sebagaimana nabi mereka. Cuma hari ni kita tak sedar yang kita diberi satu tangungjawab yang sangat besar hinggakan gunung ganang pun tk sangup pikul tugas ni...iaitu menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemunkaran.

Berputik dari situ aku pun mula aktif ikut usaha ini smpaikan dari cheras ke putra jaya pun pernah aku pergi untuk keluar semingu time cuti sem. Hidup aku tak lagi aku buang dengan perkara yang tk berfedah. Banyak perkara yang aku tak tahu aku belajar time aku keluar buat usaha ni, aku belajar tentang sunah nabi, aku belajar tentang perkara2 agama dan lain2 yang memang aku tk pernah tau pun sebelum ni..sebenarnya tujuan kita keluar ni sebenarnya secara halus bukan lah nak mengajar orang tentang agama...lg pun kita ni bukannya ustaz...tp sebenarnya untuk islahkan diri sendri. Untuk betolkan diri didalam tempoh kita keluar tu kita belajar jaga solat dimasjid dan jaga solat diawal waktu. Apabila kita balik kerumah mudah lah kita nak amalkan ape yang telah kita belajar semasa keluar ni.

1 comment:

Paan said...

Assalamualaikum, bro boleh whatsapp saya tk? 0136338348 (Paan)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...