Thursday, July 5, 2012

KELEBIHAN KELUAR JALAN ALLAH





1. Dr Aisyah r.ha meriwayatkan bahwa aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda : Tubuh badan siapa yg pernah dimasuki debu di jalan Allah swt maka Allah swt pasti akan mengharamkan keatasnya api neraka (HR Musnad Ahmad Tabrani)


2. Dr Abdullah bin Umar r.a. berkata bahwa aku tekah mendengar Rasulullah saw telah bersabda ; Bilamana kamu terlalu sibuk di dalam urusan jual beli, dan kamu memegang ekor lembu dan leka bercucuk tanam dan kamu meninggalkan jihad, maka Allah swt akan menimpakan ke atas kamu kehinaan yg tidak akan terluput sehinggalah kamu kembali kepada ugamamu (yang berjihad itu adalah sebahagian darinya) (HR Abu Daud)


3. Dr Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda : tiga manusia adalah merupakan tanggungan Allah swt jika mereka hidup, mereka akan diberi rezeki dan akan dibantu dalam pekerjaan yg mereka lakukan. Dan jika mereka meninggal dunia maka Allah swt akan memasukkan mereka ke dalam syurga. Pertama ialah orang yg masuk ke rumahnya lantas memberi salam, kedua org yg pergi ke masjid,ketiga orang yg keluar dijalan Allah swt (HR Ibn Hibban)

Friday, June 22, 2012

Munkin ada hikmahnya....

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. [QS:29:2-3]

Munkin tiada jodoh lagi...itulah yang ada dalam hati aku ketika ini...
ALLAH tahu aturannya..bersangka baik jelah...
Tapi kalau letak syarat supaya tnglkan usaha ini memang aku takkan tinngalkan....
Munkin ALLAH nak bg aku keluar 40 hari dulu...yeah....hati terus terubat bila hajat yang lama dah diingini kini seakan hampir menjadi kenyataan....
Aku niat nak belajar ya ALLAH....
Ajarkanlah aku semasa aku keluar nnti ya ALLAH...amin....

Monday, June 11, 2012

Doa ketika melihat perempuan ^_^

Doa ketika melihat wanita yang menggunakan jilbab dan menutup auratnya dengan sempurna : Allahumma inni as aluka mar'ata, mar'atus sholihah (artinya : Ya Allah, anugrahkan lah aku pasangan yang sholihah)

Doa ketika melihat wanita yang menggunakan pakaian yang membuka aurat :
Allahumma inni a'udzubika min fitnatinnisa, wa min fitnatin dunia, wa min adzabil qobri, wa min adzabin nar (artinya : Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari fitnah wanita, dan fitnah dunia, dan dari azab kubur serta azab api neraka)

Thursday, May 17, 2012

Fikiranku..

erm...tak tau nak tulis ape...tp hati selalu bermonolog sendiri..berdebat dalam hati melihat pemikiran manusia terhadap usaha agama ni. Kekadang rasa macam ade kekurangan jugak pada diri ini. Tetapi bila dapat dengar sahabat2 dakwah tentang iman terus datang rasa bahagia kerana ALLAH masih lg memilih aku untuk buat kerja agama ni...


Pada yang masih tak faham akan usaha agama ini aku akan usahakan supaya ALLAH akan bagi hidayat untuk mereka pula datang pada usaha agama ini...sememangnya aku sendiri pun tidak boleh memberi jaminan yang aku akan kekal dalam usaha ini sampai mati. Tapi keputusan telah aku buat dalam hati bahawasanya tiada usaha lain yang boleh bagi kejayaan kepada manusia..namun hanya ALLAH yang mengetahui...






Ijtimak Kuala Lumpur sudah hampir cuma tingal sehari saja lagi...tp masih ramai lagi yang tak tau tentang majlis yang paling2 ditungu2 sepanjang tahun ini..munkin beberapa kerat je penduduk Bandar Puteri ini yang tahu akan Ijtimak ini..emm munkin atas assebab kelemahan diri sendiri yang kurang nak pergi dakwah dan iklankan ijtimak kali ini..Moga ALLAH maafkan kelemahan aku..


Kerapkali aku mendengar dakwah dari sahabat aku kepada qariah yang tinggal di tempat aku ini namun mereka takkan faham usaha ini selagi mereka belum lagi buat keputusan untuk bagi pengorbanan kepada agama ini. Sebab utama mudah je agama itu sendiri tidak akan didapati melainkan dengan pengorbanan. Sebanyak mana yang kita korbankan untuk agama sebanyak itulah kefahaman agama ALLAH akan bagi kepada kita. Saban hari dengar pasal dakwah pun selagi tiada pengorbanan selagi itulah kita takkan faham agama..






Sahabat raw semuanya sangat faham akan kehendak agama. Sebab itulah mereka bagi pengorbanan yang begitu tingi untuk agama. Hasilnya mereka faham agama. Mudah je kan bunyinye..tapi berapa ramai yang faham akan cara ini...u sacrifice and u will understand it..


Yang manusia hari ini faham ialah usaha keatas duit...termasuklah lah aku yang menulis ni..moga ALLAH akan bagi kefahaman agama kepada aku sebagaimana para nabi dan sahabat...AMIN..


Zahirnya kita melihat cara itu berkesan tapi kita dah lupa bahawasanya tiada cara lain selain cara nabi yang boleh bawak kejayaan. Tak kata pun dakwah cara begitu salah. Tapi dakwah cara begitu tak ikut cara nabi maka tiada kesukaan ALLAH disitu. Namun sekiranya kita ikut cara nabi makanya ada kesukaan ALLAH disitu. ALLAH pun redho. Dan kesannya ALLAH akan sebarkan hidayat kepada semua manusia. Manusia berbondong2 akan datang kepada amal agama seperti dizaman pemerintahan khalifah.






Sesungguhnya hanyasanya dengan perantaraan usaha dakwah inilah masaalah umat zaman ini akan selesai...bukan dengan duit...bukan dengan kerajaan..bukan dengan kuasa yang boleh mangubah masalah umat akhir zaman ini..kerana dizaman nabi selepas sahaja nabi wafat umat islam mula tidak membayar zakat, nabi palsu mula timbul dan agama mula berkurangan...kerajaan ROM pun merancang untuk menyerang kota MEKAH....Namun sahabat2 raw yang faham agama telah buat keputusan  bahawasanya dengan tiada cara lain melainkan dengan dakwah barulah masalah ini akan selesai. Maka keluarlah bertebaran semua lelaki yang ada dikota mekah untuk berdakwah..sehinggakan yang tingal hanyalah perempuan, kanak2 dan orang tua sahaja dikota mekah. Sunyi sepilah Kota mekah sehinggakan tiada azan yang berkumandang selama 3 hari berturut..namun sekembalinya mereka kekota mekah semua masalah telah selesai. Nabi palsu telah dibunuh, umat islam telah kembali membayar zakat. Kerajaan ROM juga membatalkan niat untuk menyerang mekah..






Aaahh lihat...celikkan mata dan buka hati..bukankah ALLAH telah nukilkan kisah2 ini supaya menjadi pengajaran kepada kita yang  yang masih hidup ini...Namun barapa ramai diantara kita yang ambil pengajaran dari cerita ini..


Akhir kata adalah doa..Ya ALLAH kekalkanlah aku dalam usaha agama ini sampai hari kiamat ya ALLAH..Kurniakanlah aku nikmat untuk amal agama sampai hari kiamat juga ya ALLAH.......................................

Sunday, April 15, 2012

Kisah Seorang Penjaga Kebun Delima

ermm...ALLAH yang bagi sedap bukan buah ni...

Kisah ni diceritakan oleh seorang sahabat aku masa lepak kat kedai minum lepas sembahyang beberapa mingu yang lepas. Untuk mengelakkan aku lupa so aku sharinglah kisah ini dengan penbaca2 sekalian. Kalau yang dah ada anak nak buat cerita untuk tidurkan anak pun boleh dari dok cerita pasal Princes with the Prince frog haha.... Kisah ni nak tunjukkan kepada kita ALLAH tak perlukan harta untuk memuliakan seseorang mukmin beginilah al kisahnye jeng...jeng..jeng...haha kasi suspen cikit...


Ada seorang tabiin ni dikatakan bekerja sebagai seorang penjaga kebun delima...nama dia Mubarak. Tabiin ni adalah gelaran orang yang hidup selepas kewafatan nabi dan mereka ni dikatakan warak dan kuat pegangan agamanya. Si Mubarak ni dikatakan telah berhikmat dengan tuan dia selama berpuluh2 tahun.  Dan kerjanya hanyalah menjadi penjaga kebun delima tuan dia ni. Tuannya merupakan seorang golongan bangsawan yang kaya. Nak dijadikan cerita suatu hari tuan dia pun meminta kepada Si Mubarak untuk memberi kepadanya buah2 yang terbaik yang dipetik dari kebun dia untuk dijadikan minuman. Maka si Mubarak ni pun pergilah dia mencari dan memilih buah2 yang pada pandangannya adalah buat yang terbaik. Dipilihnya, diperah untuk dijadikan minuman,  kemudian dia pun mempersembahkan kepada tuan dia. 
Namun setelah tuan dia meminum buah tersebut tuan si Mubarak ni terus menjadi marah dan mengatakan kepada si Mubarak...


"Pahit2....Macam mane kau boleh pilih buah yang seperti ini...dapatkan buah yang lain kepada aku..."

Orang kata merah bak delima. ayat contoh, Si zakiah itu cantik. Mukanya merah bak delima . :-))
Lalu si Mubarak pun pergilah mencari lagi buah yang terbaik untuk dijadikan minuman untuk tuan dia..dengan harapan kali ini dia akan mendapatkan buah yang terbaik sekali untuk tuan dia. Namun setelah dipersembahkan kepada tuannya. Sekali lagi tuan nya menjadi marah kerana minuman buah delima itu masih pahit juga seperti yang sebelumnya..lalu berkatalah tuan Mubarak dengan perasaan yang begitu marah sekali kepadanya...


"Wahai Mubarak engkau telah berkhidmat dengan aku berpuluh2 tahun. Namun takkanlah buah yang terbaik pun kau tak boleh bezakan. ?"


Tuan mubarak menjadi begitu marah sekali dengan Mubarak kerana kesilapan beliau. Mana mungkin seorang yang dah begitu lama berkhidmat dalam sesuatu bidang masih tidak fasih dalam bidangnya. Lalu dengan rasa rendah dirinya Mubarak berkata kepada tuannya.


"Tuan.... aku mungkin telah berkhidmat dengan engkau selama berpuluh2 tahun. Namun sepanjang aku berkhidmat dengan engkau tiada satu buah delima pun pernah aku rasa dengan lidah ku ini tanpa pengetahuan engkau yang menjadikan aku tidak tahu yang mana satu pohon delima yang mengeluarkan buah yang terbaik."


Lalu terkejutlah Tuan si Mubarak ini dan terus hilang rasa marahnya kepada si Mubarak apabila mengetahui perkara tersebut. Tuan kepada Mubarak ni berasa sangat kagum dengan sifat Mubarak ini tadi..
Rasanya manissssss........ALLAH yang bagi manis...:-)


Disini nak tunjukkan betapa jujurnya sifat para Tabiin dahulu kala. Beginilah sifat2 oarang yang sentiasa ada amal agama. Sehinggakan sifatnya juga turut terkesan apabila hati kita diletakkan dalam agama.


Mubarak kemudiannya dikatakan telah berkahwin dengan anak Tuannya dan mewarisi seluruh harta Tuannya. Dikatakan dari perkahwinan dia dengan anak Tuan dia maka lahirlah seorang ulamak yang warak yang bernama Abdullah Bin Mubarak. Beliau telah diberi gelaran Nuramirulmukminin Nafil Hadith iaitu orang yang paling banyak menghimpunkan hadis2 pada zaman beliau. (Kalau salah tolong betulkan)


Hari ini kalau kita nak cerminkan diri kita dengan para tabiin ni pun kita tidak mampu. Kerana hebatnya sifat2 mereka. Namun dikatakan betapa hebatnya sekali pun tabiin ini namun masih tak dapat menandingini keadaan sifat parat sahabat raw. Cuba kita periksa sendiri macam mana keadaan kita ditempat kerja. Sejauh mana kita jujur dalam berkerja. Dari kejujuran itu barulah ALLAH akan memberi keberkatan dalam rezeki yang kita terima. Bila dah dapat rezeki yang berkat maka akan lahirlah anak2 yang soleh2.


Moga dari cerita yang disampaikan aku dapat amal terlebih dahulu huhu..teman nak tido dah ni...see ya with new update..Assalamualaikum...


Saturday, April 7, 2012

Bila nak kawen??

Hehe... tajuk yang agak sensitif bagi sesetengah orang...tapi bagi sesetengah orang pasti akan senyum kalau ditanya dengan persoalan ni  ye dok? mane taknye hati dah berbunga2 bila memikirkan seronoknye nak kawen...hahaha...

Tapi bagi aku pulak tajuk ni agak sensitif kalau nak dibicarakan dengan secara terbuka haha...antara sebabnye munkin sebab umur yang dah lanjut kot..hehe..


aduhai.....bukan gambar hiasan


Kalau korang tanye kat perempuan yang lanjut umurnye pun mesti dia akan terasa hati...ade baiknye jangan tanye...persoalan macam ni biasanya paling banyak orang akan tanye time gathering ramai2 dengan saudara mara. Kalau time2 macam ni elakkanlah duduk sembang lama2 dengan saudara korang bagi mengelakkan benda ni ditanye...:-)

Kadang2 memang letih nak jawab soalan ni kat diorang yang tak letih2 nak tanye..

MAKKKK NAKKK KAWENNNN!!!!!!!!!!!!!!......

Yesssss aku kawen dahhhhhhh yahooo......!!!!!!!!!!!


Nampak je muka cool aku ni tapi dalam hati memang selalu dok jerit benda kat atas ni...hua...kadang2 bila aku keluar jalan ALLAH pun aku selalu doakan benda ni...sbb diorang cakap doa makbul time keluar jalan ALLAH ni...Moga2 ALLAH bagi jodoh yang sentiasa menyokong aku dalam buat usaha agama ni...sama2 buat usaha ni...

Memang banyak gak persoalan yang selalu bermain dalam otak aku ni bila memikirkan tentang persoalan kawen ni sejak dah join usaha agama ni...yelah terbayangkan jodoh aku ni dengan orang biasa ke atau yang buat usaha agama, kalau dengan orang biasa mampu ke aku nak hadapi penerimaan keluarga sebelah perempuan ni..nanti kalau asyik tinggalkan bini je ape pulak kata diorang nanti...tak bagi nafkah lah..banyak betul perkara negatif yang selalu cross dalam fikiran aku..tapi selalu je aku cube yakinkan hati aku ni yang ALLAH akan atur semua benda ni...i,allah..


Juga bukan gambar hiasan


Dari hari kehari aku makin yakin yang ALLAH akan bagi yang terbaik untuk aku kalau aku tawajuh dengan ALLAH...yang penting usaha nabi ini kita buat terus sampai mati..Sebabnye itulah maksud kita dihantar kedunia ini..Kalau ALLAH nak takdirkan aku tak kawen pun aku kene redho dengan segala aturan yang ALLAH buat ni...sebab ALLAH lah yang tau ape yang terbaik buat hamba dia...

Tawajuh ni termasuklah yakin kita yang bukan duit boleh bagi kita kawen. Bab kawen ni pun kene dakwah juga tuan2, barulah yakin tu betul hehe...ye tak??? anyway aku kene yakinkan diri aku yang kalau aku bantu agama ALLAH pasti akan bantu aku....cukuplah merapu kat sini je hehe...nak siap g keje dah ni....ok bye...:-)......

Wednesday, April 4, 2012

Ceramah Agama ke Talk Talk Show??

solat tidak mengira dimana kita berada


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera moga semua sihat selalu..lama nye tak menulis...macam biasa kalau balik dari surau time nilah aku baru nak mengadap komputer time macam nilah baru datangnya idea nak tulis ape hehe...


Nak pulak lepas makan idea datang mencurah2 bagai butiran nasi banyaknye...erk...ape kene mengena?? , aku pun tak tau haha...syukur tak terhingga sangat hari ni aku masih lagi dibawah rahmat ALLAH sebab dapat jaga sembahyang di surau yang jauh lebih afdal sehinggakan menghampiri  hukum wajib sebab Nabi kita sendiri tak pernah pun sembahyang kat rumah, sehinggakan nabi ketika sakit pun boleh pergi jugak sembahyang ke surau...Ape alasan kita nak sembahyang kat rumah je...siap nabi dengan marahnye menyuruh para sahabat mengumpul kayu api untuk dibakarnya rumah orang yang sembahyang kat rumah. Semoga ALLAH kekalkan aku sebagai tetamu rumah ALLAH sampai bila2. Tapi terus terang memang mujahadah kalau nak pergi sembahyang jemaah waktu subuh, aku sendiri kadang2 terlepas. Maafkan aku ya ALLAH...


Tapi kadang2 kita kene selidik jugak kenapa surau kita tak ramai yang datang, munkin kurangnya faktor yang menarik minat untuk orang lain datang kepada sembahyang berjemaah disurau. Kadang2 ceramah ustaz yang merapu2 pun buat orang meluat nak datang jugak, tak semua Ustaz yang bagi ceramah yang merapu cuma segelintir ustaz tu selalu je melencong menyembang bab lain. Kadang2 dah macam talk2 show la pulak, Yang suka menyembang bab politik pun sama jugak, kutuk orang sana n kutuk orang sini..dari sini lah ramai yang jadi tak suka nak datang berjemaah kat masjid atau surau. Kadang2 tu ustaz bagi ceramah kat surau yang sesetengah tu pergi lari dok minum2 kat kedai sementara tungu waktu isyak. Yang lengtok pun banyak time ustaz tengah bagi ceramah.




Bila Ustaz asyik dok ceramah yang merapu2 je last2 yang mendengar pun cuma masuk kat telinga kanan dan keluar kat telinga kiri. Sia2 jelah dengar ceramah tapi yang bagi cermah tetap syok..bukan nye syok ape tapi syok sendiri sebab dia tahu lepas bagi ceramah duit poket dia dapat. Last2 tak dapat amalkan ape pun dari ceramah didengar. Ingat kan pergi masjid dan dengar ceramah dah cukup beriman tapi satu pun perkara yang diajar tak dapat diamalkan.


Bagi pendapat aku sesebuah surau tu patutnya kenalah ade ceramah tentang iman dan amal bagi menaikkan iman jemaah yang datang bersembahyang dekat situ, Bukannya hari2 dengar ceramah tentang ilmu tapi satu ilmu pun yang didengar tak dapat kita nak amalkan seperti yang berkaitan dengan sunnah, amalan sunat seperti solat2 sunat. Solat ahajud, solat israq, solat dhuha, solat taubat...dan macam2 lagi amalan yang patut kita tambah. Penting sekali bagi kita untuk dengar perkara2 yang boleh manaikkan iman dan amal kita.


Penting untuk kita contohi macam mana nabi usaha kan keatas iman para sahabat. Yakin shabat kepada ALLAH begitu tinggi sampaikan sudah berada ditahap yang tepu. Tak turun2 lagi iman para sahabat. Dengan yakin yang sebegitu barulah bantuan ALLAH akan datang. Moga ape yang aku tulis dapat aku amalkan dan kta semua dapat sampaikan pada yang lain....
Assalamualaikum..n byee....:-)


Thursday, March 29, 2012

Keluar 3 Hari

Masjid Al- Andalus di Cardoba yang kininya hanya muzium.
Gmbar ihsan dari blog Rakan 1klik.


Assalamualaikum kepada semua dan salam sejahtera diucapkan, pagi ni baru je aku balik dari keluar 3 hari kat sebuah surau kat sekitar klang. Memang sedih melihat keadaan surau tersebut kerana rupanya indah tapi tiada orang yang nak berjemaah kat situ walau pun dikelilingi penduduk islam yang boleh dikatakan ramai jugak, cuma yang berjemaah kat situ adelah 2 atau 3 orang budak2 sekolah dengan 2 orang budak bangladesh. Kadang2 budak bangladesh yang mengazankan bila masuknya waktu.

Aku tertanya2 kemana perginya orang dewasa kat sini..tkkan la langsung tiada orang dewasa yang nak berjemaah kat sini, dalam dok pikir pasal ni aku teringat pulak satu bayan oleh seorang karkun ni yang mane katanya di Sepanyol dulunya islam merupakan agama yang dianuti hampir separuh orang disana. 

Agama islam mula2nya dikatakan dibawa oleh seorang sahabat nabi yang bernama Taqif raw tak silap aku kalau salah harap diperbetulkan. Islam dapat memerintah selama 700 ratus tahun disana dan kaum yang memerintah disana adalah dari pemerintahan khalifah bani Umayyah. Akibat dakwah mula ditinggalkan perlahan2 islam mula lemah dan kemudiannya pemerintahan islam ditewaskan oleh Raja Ferdinand dan pada hari ini kalau kita nak cari orang islam kat sana memang susah, salah satu bukti yang menunjukkan islam pernah gemilang disana adalah sebuah masjid yang mempunyai hampir 8ribu tiang. Selepas di takluki masjid tersebut ditukarkan kepada gereja dan kemudianya pada hari ini ia ditukarkan kepada muzium.

Tersentuh hati aku apabila mendengar kisah ini dan kerisauan aku mula bertambah apabila memikirkan keadaan yang seolah2 sama kini banyak terjadi di masjid atau di surau yang ada dekat malaysia ketika ini. Ada pernah sekali masa aku keluar dulu kat sebuah surau yang langsung tkda orang yang nak bersembahyang kat situ. Aku tak tau jika korang pun mempunyai rasa risau jugak bila satu hari nnti cucu cicit kita akan hilang jati diri sebgai orang islam dan tk tau mengucap lagi. Kerisauan nabi pada satu masa dahulu kini kebanyakannya menjadi nyata. Salah seorang sahabat aku katanya pernah berjumpa dengan seorang lelaki islam melayu yang katanya dia tidak percaya kepada hadis, dia cuma percaya kepada Al-Quran. Bayangkanlah orang macam ni pun dah wujud kat Malaysia ni. Bila usaha ziarah dibuat kita akan berjumpa macam2 ragam manusia. Ketika ini barulah kita akan rasa cebisan susah payah yang nabi kita pernah lalui ketika buat usaha dakwah ni...Semoga ALLAH bagi kita semua paham akan usaha ini yang mana kata ulamak seseorang yang banyak ilmu belum tentu akan paham usaha dakwah ini selagi tidak turun jumpa sendiri manusia dan pujuk dengan kasih sayang.

Thursday, March 15, 2012

Apa pendapat korang tentang taaddud jemaah dalam malaysia ni??? contoh,ikram,isma,jim abim.hizbul tahrir..

Ini adalah perbualan aku dengan seorang awek baru2 ni. Actually aku memg tk berapa setuju dengan alasan yang diberikan beliau so aku beri penerangan sedikit untuk menafikan tanggapan awek ni..hehe..last2 dia senyap macam tu je...ape pendapat korang pulak hehe...peace noo war ok..


Marshaapa pendapat korang tentang taaddud jemaah dalam malaysia ni??? contoh,ikram,isma,jim abim.hizbul tahrir..


Marsha :  kalau kita fikir tidak sepatutnya benda ni ..sebab aim kita sama..megakkan kalimah lailahaillallah..tetapi masing2 tak berpuas hati dan keluar ikut jemaah lain..apa pendapat kalian??



Myvvi :  sumer tu...elemen2 yg mggmbarkn islam ni brkelompok...



Marshatapi sbg contoh tabligh..dy tak cukup kriteria..dy hanya amar makruf saja..nahi munkar dy x buat..



Myvvi : entah laa tp k jgak kot ajak pd makruf..bila dtg makruf prgi laa mngkar...k laa sket kot dr dok mngutuk org..hina org xder hikmah lgsung huhu



Marsha : bukan itu maksudnya..maksud sy..kita bg contoh..dy hanya akan mengajak orang untuk pergi masjid untuk bersolat,berbuat kebaikan..tp apabila ada maksiat berlaku depan mata dy tidak mencegahnya..sedangkan dakwah dy kna seiring..


Nasa N : susah nak komen,klau tersilap buruk jadi nya



Myvvi :  cegah mngkar nii dgn hati,dgn lidah n tngan...dgn tngan tu psl kita ader k'jaan xleh laa amik tndkan sndiri...dgn hati plak bila nmpk mksiat dpn mta...x mampu nk cegah dgn lidah tp dlm hti trasa ksal n sedih sgt...x ckup dgn tu jer kna disusul dgn doa plak bru bnar2 ikhlas cegah kat hati...kita kna usaha dlu spaya bnar2 dpt tahap nii.... Satu lg kejer cegah mngkar nii bkn tugas golongan trtentu jer... ni kn kejer semer umat islam....dlm quran n hadis udah jelas bgtau! klau kejer kt ofis leh laa bg2 tugas tp kejer agama tugas semer umat islam



Umar_sahabah : Saya rsa tentang ayat yg awk kata jemaah tabligh tk cegah munkar tu tk berpa betol. Awk pernah nampak ke jemaah tabligh biar je maksiat didepan mata berlaku tnpa mencegahnya? Kalau ada sya rsa org itu dah trsimpang jauh dri pendirian jemaah tabligh scra umumnya. Ade ke jemaah lain sprti abim dan lain2 yg buat akiviti perrgi mencegah maksiat. Sya pun rsa tkda. Sya adalah slah seorrg yg mengikuti jemaah ini. Dn spnjang sya mengikuti jemaah ini sya rsa tkde pendekatan lain2 jemaah yg boleh membentuk sahsiah diri seorg islam yg bgus mcm sprti pendekatan yg diamalkan oleh tabligh.semuanya berdasarkan sunnah. Dan disebalik sunnah itu ada kejayaan. Sbb tu usaha ni dri awl tahun 70an smpai skrg masih allah jga dn terus berkembang smpai kesatu dunia. Cuba la cri negara mane yg tkde usaha tbligh. Smpai ke sekecil2 pulau pun ada dihantar jemaah tabligh ni. Tp rmai yg tk tau. Atctually usaha ni tkda nama sbnarnya. Usaha ni lah usha yg nabi2 kta pernah buat. Usaha inilah yg menyatukan umat tk kira ape pemahaman atau ikutan politik dia. Tk kira la dia bermazhab ape pun. Dari sya time belajar smpai sya dh keje. Usaha inilah yg masih sya ikut yg betul2 boleh membantu mengekalkan iman sya. Hari ini bila ckp pasal sunnah semua org suruh amal sunah. Tp sunnah ape yg kebanyakan dri kta tau. Munkin kwen je kot. Itu jugaklah yg sya pikir sblum ikut usaha ni. Bnyak yg kta tk tau. Dari bangun smpaila ke tidur balik. Semua yg dibuat nabi tu adelah sunnah. Tp org kebnykan mcm sya ni tkan tau slgi tk ikut usaha ini melainkan sya ini memg ambil pengajian dlm bidang agama yg botol2 menjurus kepada sunnah nabi ni..usha inilah jugak yg bnyak membetolkan budak2 yg dulunya tkde hala tuju kat mane2 dlm malaysia ni. Dan bnyak kwn2 sya yg dlunya jauh dri agama kini dekat dengan agama. Dari seorg yg sembhyg lintang pukang smpaila kepada seorg yg menjaga solat dan semua perkara2 sunnat. Dri seorg yg tk tau mengimamkan anak dn isteri smpaila tahu. Dri seorg yg tk pernah tahjud smpai kepada menjaga tahjudnya setiap mlmnya. Bnyak lg yg sya nak ceritkan tk mampu sya nak ckp sbb nnti ade org tuduh sya membanggakan jemaah ni. Tp inilah realitinya. Kesannya dri ikut usaha ni akan memberi kesan kepada semua org yg rpat dengnnya sbgai contoh isterinya dn anaknya. Tk kisahlah jemaah ape yg kta nak ikut sbnarnye asalkan tujuannya sma. Tp bila tiada sunnah yg dibawa bersama pasti syaitan akan sesatkan dn tkde keredhoaan allah. Bila kta ikut cra nabi pasti allah pun suka sbb ikut cara kekasih dia. Nabi menhantar para sahabat keserata dunia untuk buat usaha dkwah ini. Kalau ditakdirkan shabat raw ambil kputsan untuk trus beribadt dimasjid mekah yg pahala amalannya beribu kali gnda tnpa memikirkan untuk pergi keserata alam berdakwah sya pasti kta pasti masih menyembah berhala. Dengan perantaraan usaha ini sahabat telah dpt memrintah 2/3 dunia ketika pemerintahan khalifah. Dari 124000 sahabat nabi yg ada dimekah hanya 10k kubur shabat sahaja yg ditemui dimekah. Kubur yg lain nya ditemui dimerta alam. Dn ini terbukti. Smua merka keluar pergi berdakwah ketempat lain dn bukannye pergi kesatu tmpat untuk mencegah maksiat. Dengan perantaraan usaha ini dengan sndrinya allah akan jauhkan kemungkaran. Just my 1cen opinion yg kurg ilmu dn masih mencari ilmu. Kalau salah harap diperbetolkan. Maaf kalau menyinggung hati sesiape. Dakwah illallah......



Afiq Fhehe

Ape sumbangan tabligh kepada pemerintahan di Malaysia?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog yang sudi kelaman blog aku yg tak sberapa pandai nak menulis ni...cuma perlu lebih bnyak membaca baru ok kot hehe..dah agak lama gak aku tkde mood btol nak menulis...bukan tkde isu tp memg tkde mood...alhamdulillah balik dari surau td aku rasa bersemangat je nak tulis satu entry baru yg dok bermain2 dalam fikiran aku...tmbah pulak rasa lebih bersemangat seolah2 lepas kene cas sbb tadi dah jumpe dengan kawan2 seusaha dan dpt jgaklah aku bersembang2 pasal agama...hati ni dah trtarik dengan agama...bila sehari tkde org nak ceramahkan aku memg tk syok..sbb tu dulu kalau kta tngok zaman nabi dulu2 diorg suka bersembang pasal agama, ckp pasal perkara yg kta tk nampak dan sbgainye..percakpan yg mcm ni sbnarnye menaikkan iman kta...kalau korang nak tau ape itu iman sng je bile iman kta ni bnyak maka sng la kta nak amal agama, senang nak solat, sng nak pergi smbhyang kat masjid, sng nak bangun tahjud, sng nak baca al-quran, sng nak tundukkan pandangan dri yg bukn muhrim dan sbgainye..tp selalunye memg terpandang je..hehe...cuma akhir2 ni je bila dah keluar pakai lebai kt kepala aku jadi segan lak nak pandang org yg bukan muhrim aku ni...ade hikmahnye dengan pemakaian lebai ni atau pun ape2 sje sunnah nabi sbb allah akan bg sifat malu kat kita untuk buat benda2 yg tk elok...


Back to the future/story yg aku nak sampaikan kali ni. Ramai jugak geng2 hijau pernah tanye kat aku ape sumbangan tabligh kepada pemerintahan dimalaysia...tabligh tk terlibat dengan politik mcm mane la islam akan dapat memerintah dan sterusnya mencipta satu tamadun islam yg berjaya???... 

Ramai orang sbenarnye dah lupa mcm mane para sahabt raw dapat memerintah 2/3 dari dunia ni dan bagaimana keadaan para sahabat ketika itu...bagaimana keadaan iman para sahbat...bagaimana keadaan masjid ketika zaman itu...bagaimana sifat orang2 yang memegang pemerintahan ketika itu sehinggakan ALLAH tundukkan dunia dibawah kaki para sahbat.

Ape yg pasti nabi telah usaha satu perkara yg paling bernilai sekali yg sepatutnya ade dalam setiap mukmin, iaitu usaha keatas iman para sahabat, bagaimana iman yakin kepada ALLAH dan perkara yg sama jugaklah kita pertama kali perlu usahakan dalam diri setiap dari kita sampailah kepada kepada setiap pemimpin...nabi telah tarbiah para sahabat sehingakn mereka betul2 yakin yg berkuasa ALLAH dan mahkluk tnpa khudrat ALLAH memg tk berkuasa nak buat ape2 pun..yakin dan iman para sahabat seolah2 dah jadi tepu...tk naik dan tak brkurng2 dah pun..

Cuba korang fikir secara logik la ye kalaula iman para sahabat ketika zaman kegemilangan sahabat raw sama mcm kita agak2 ALLAH nak bg tk pemerintahan kepada para sahbat raw????bak kata nabil lu org fikirla sendiri hehe...bila iman dah mantop dengan sendirinya sifat2 baik akan datang dalam diri para sahabat dan time tulah baru seseorg tu akan amanah bila memerintah, bukan sahaja pemerintah yg beriman dapat dihasilkan, rakyat pun sama akan jadi beriman, bila masing2 dari kita telah usaha keatas iman maka time tulah ALLAH akan pandang dan akan kabulkan setiap doa orang mukmin dan ketika tu dunia akan dtg sujud dihadapan orang islam dalam keadaan hina sekali.

Cuba sekarang korang perhatikan keadaan politik di negara kita. Caci mencaci, kutuk mengutuk, yg biru kata kat sihijau, yg hijau kata kat biru...last2 sume jadi haru biru..anak muda haru biru mcam tu jugak..yg insaf pun ade la dua tiga kerat...itu pun sbb dia dengar UAI ceramah selalu kat FB atau kat youtube..yg selebihnye masih hanyut dibuai keseronokan dunia yang asyik ni..

Terus terang aku nak cerita kat sini sepanjang aku hidup dari time belajar sampai la kehari ni tkde satu usaha atau persatuan atau organisasi atau parti yg boleh menyatukan umat islam sperti mana usaha tabligh telah satukan org2 islam dekat malaysia sampaila kesatu dunia...semua pahaman2 yg berbza bersatu dibawah satu kerja nabi iaitu kerja dakwah mengajak manusia kepada perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran..orang yang dulunya hijau dan dulunya biru, orang yang bermazhab berbeza2 semua turut bersatu dalam satu maksud yg sempurna iaitu untuk memperbaiki iman masing2. Usaha yang dulunya sangat asing dihidupkan kembali oleh ulamak yang cuba berfikir sebagaimana nabi telah fikir untuk umatnya. Bagaimana hari ini kita dapat korbankan masa, wang, dan diri untuk agama ALLAH agar datang rasa sayang yang tebal dihati kita terhadap agama. Bagaimana orang yang terkhir sekali lahir didunia ini dapat ucap khalimah laillahaillallah....moga ALLAH kekalkan aku dalam usaha ini sampai kehari KIAMAT...amin...


p/s Pernah orang yang lama buat usaha ni cakap yang usaha ni satu hari akan kembali dipelopori oleh alim ulamak, yg mane waktu itu kta sbgai orang biasa ni munkin akan jadi tukang khidmat susun kasut je kat masjid..so pengajarannye cepat2lah belajar buat usaha ni kalau nak kan keredhoaan ALLAH dan pahala yg berlipat kali ganda hehe...




Sunday, March 4, 2012

Pesanan Maulana Muhammad Saad Kandahlawi



Maulana Muhammad Saad Kandahlawi yang merupakan cucu kepada Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi (Maulana Ilyas) (1885-1944).


Tuan-tuan yang mulia,
Satu perkara yang perlu kita yakin apabila umat ini secara Ijtimae (collectively) meninggalkan kerja menyeru kepada agama, maka umat akan meninggalkan agama dan tidak mampu untuk istiqamah dalam amalan. Ini adalah perkara yang hak.


Tuan-tuan yang mulia,
Hadrat Abdullah Jaafar r.a. buat usaha di Rome. Raja Rome telah tangkap mereka dan seru mereka kepada agama nasrani. Kalau mereka setuju setengah dari negara akan diserahkan kepada Hadrat Abdullah. Hadrat Abdullah berkata, 'Bukan setengah, malahan seluruh negara kamu, bahkan semua negara Arab diserahkan kepada kami untuk kami meninggalkan agama Nabi s.a.w. sekelip mata pun, kami tidak akan sedia'. Pengakuan ini akan ada dalam diri umat ini jika setiap individu menyeru manusia kepada agama.


Maulana Saad menekankan lagi bahawa dakwah Illallah ialah bukan fardhu kifayah tetapi fardhu ain. Jika umat faham dakwah adalah fardhu ain mereka akan mengamalkannya tetapi jika mereka faham ia adalah fardhu kifayah, susah bagi mereka untuk membuat usaha dakwah. Perkara ini kita kena faham dan masukkan dalam hati kita. Umat ini dahulu ijtimae (secara berjemaah), mengapa ia berpecah-belah dan bagaimana mereka mudah tukar agama. Pada hal Sahabat r.a. sanggup dicampak dalam api tetapi untuk tukar agama tidak sekali-kali. Ini merupakan keistimewaan dakwah, kesan dari dakwah, bahawa dakwah adalah untuk istiqomah dalam agama.


Dalam kehidupan seseorang individu amat bahaya jika kehidupan sekelilingnya tanpa agama. Oleh kerana tidak ada dakwah dia tidak mampu mengawal dirinya daripada kesesatan. Oleh itu kita kena fahamkan dalam hati bahawa dakwah adalah ibadah. Kedua-dua perkara ini (yakni dakwah dan ibadah) adalah selari dan berterusan, ia berjalan serentak.


Dengan dakwah akan mewujudkan kemampuan mengamalkan agama dari sudut akidah, syariat, kehidupan, muamalat bahkan keseluruhan agama. Dia akan menjadi benar-benar orang Islam (bila ia dapat kumpulkan dakwah dan ibadah). Dalam Al-Quran jelas disebut 'wamaahlaku kaula mimma da'aillallah....' ertinya 'tiada siapa yang terlebih elok agamanya daripada orang yang ada kedua-duanya sekali iaitu menyeru kepada Allah dan amal'. Ayat ini memberi makna penekanan, selain daripada orang yang mengumpulkan dakwah dan ibadah tidak mungkin seseorang itu lebik elok agamanya. Ketinggian usaha dakwah menyebabkan ibadat saya, muamalat saya, hubungan dengan Allah memberi kesan iaitu istiqomah dalam agama. Ia menjadi perkara asas, menjadikan umat ini secara ijtimae menyeru kepada yang hak, setiap individu menjadi da'ie menyeru kepada hak sehingga dia terselamat daripada menjadi orang yang diseru kepada batil.

Tuan-tuan yang mulia,
Setiap orang beriman kita perlu membawa mereka kepada agama. Ramai orang salah faham, mereka fikir dakwah untuk orang lain. Zaman sekarang banyak saluran boleh digunakan untuk dakwah orang lain, sebab itu mereka fikir dakwah dari rumah ke rumah, lorong ke lorong, pintu ke pintu tidak perlu dilakukan lagi. Dakwah iman untuk diri mukmin itu sendiri. 'Ya aiyuhallazi naamanu aminu' ertinya 'wahai orang beriman, berimanlah kamu'. Orang beriman lebih berhak atas Kalimah. Allah yang memerintahkan, wahai orang Islam jadilah orang beriman. Maksudnya, yang penting kita kendak memperkuatkan yakin dalam diri kita. Maulana Elyas berkata kalau hendak diletakkan nama keatas usaha ini, dia lebih suka dinamakan 'Tahrikul Iman'.

Ingin saya mengingatkan tuan-tuan yang mulia, langkah pertama usaha ini ialah membetulkan iman dan yakin kita. Dalam majlis-majlis samada ijtimae (secara jemaah) atau infradi (secara individu) keimanan mestilah mengatasi daripada yang lain. Hendaklah lagi dan lagi, berulang-ulang kali kita hendaklah memperkatakan tentang keimanan, yakin dengan janji-janji Allah walaupun tidak nampak dengan mata zahir. Untuk wujudkan perkara ini kita kena dakwah, cerita, cakap lagi dan lagi tentang kehebatan dan kebesaran Allah swt. Dengan dakwah akan wujud peningkatan dalam amal. Dakwah dan amal saling memerlukan antara satu sama lain. Bila dakwah kurang, amal akan menjadi kurang. Hari ini bila kita tertinggal dalam dakwah, kita terasa kekurangan dalam amal. Bila amal kurang bermakna kita kurang berdakwah. Iman jadi lemah, godaan syaitan akan menjadi kuat. Dakwah menjadi sumber kekuatan dalam amalan. Dakwah menjadi pemangkin kepada amal. Apa-apa asbab yang bertentangan dengan amal, rupa bentuk benda yang bertentangan dengan amal dan bertentangan dengan akhirat tidak dapat kita memahami hakikatnya tanpa kita takluk kepada Allah swt. Kita perlu tahu melalui dakwah apa faedah yang akan kita dapat, ada kesempurnaan amal yang kita dapat laksanakan.

Untuk mendapatkan, memperbaharui iman ialah dengan mengenal Allah swt, memahami kudrat Allah swt, semua makhluk perlu diperkenalkan dengan kekuatan, kebesaran Allah swt. Akan datang satu masa, kiamat akan berlaku, pada masa itu semua peraturan alam akan binasa. Semua makhluk dicipta untuk mengenal Allah swt. Kita mengenal yang mencipta dari ciptaannya. Semua benda-benda Allah cipta untuk kita lihat akan kehebatan Allah. Makhluk Allah dijadikan untuk menghubungkan antara dia dengan kehebatan Allah swt, dia menafikan apa yang dia nampak pada zahirnya. Ibrahim a.s. mengingkari semua rupa bentuk makhluk samada yang bergerak atau tidak bergerak, kita perlu menafikan segala rupa bentuk makhluk yang zahir dan mensabitkan dengan kudrat, kebesaran dan kehebatan Allah swt, dengan ini kita berjalan menuju penghampiran kepada Allah swt.

Kemudian Ibrahim a.s. diuji hendak dicampakkan ke dalam api yang besar sehingga burung-burung pun tidak dapat terbang atasnya. Dalam keadaan begitu Ibrahim a.s. dengan segala kekuatannya bersama dua lagi sahabat, malaikat gunung dan malaikat laut ingin membantu TETAPI Ibrahim a.s. menolak seraya berkata "saya tidak perlu pada bantuan tuan, cukup pada hanya Allah". Ibrahim a.s. terang-terang mengingkari apa yang dia lihat pada zahirnya. Allah kemudian perintahkan api yang panas menjadi sejuk. Apabila seseorang mengambil zat sepenuhnya daripada Allah swt, maka Allah juga terus membuat keputusan/perintah, api menjadi sejuk. Ibrahim a.s. sejahtera dalam api tersebut.


Untuk mengambil faedah dari Allah swt, kita kena menafikan semua makhluk yang ada. Ini merupakan amalan harian. Setiap hari kita berzikir dengan kalimah "Laillaha illallah" dan bergerak dikalangan umat untuk menerangkan mahfum maksud kalimah ini. Kita sikir kalimah ini dan menyeru manusia kepada kalimah ini. Dua-dua perkara ini dituntut. Setiap hari kita kena dakwah "Laillaha illallah", yang berkausa hanya Allah yang lain tidak boleh buat apa-apa. Setiap hari kita kena mengingkari semua rupa bentuk zahir yang ada. Ini adalah perkara asas, tauhid adalah ibu kepada ketaatan. Ilmu tauhid ceritakan kudrat dan kebesaran Allah swt, semua nizam atau peraturan alam ini Allah yang cipta, Allah arahkan Nabi-Nabi mengingatkan pada manusia bahawa Allah menjadikan bumi, langit dan seluruh alam ini. Kalau kita tidak kenal pencipta, kita akan yakin dengan apa yang dicipta. Orang kafir tenggelam dalam apa yang dicipta Allah seperti bulan, bintang, matahari, tetapi orang mukmin tenggelam dengan pencipta yakni Allah swt.


Untuk memperkuatkan iman kita, Maulana kata ada 4 saluran:


1. Ceritakan kebesaran Allah, keagungan Allah, kehebatan Allah semasa ziarah dan apabila sembang-semabang bersama kawan-kawan dalam masjid. Ini adalah amalan para sahabat. Hadrat Maulana Yusuf rah. menulis dalam Hayatus Sahabah, dimana sahabat-sahabat membuat majlis-majlis zikir, halaqah-halaqah Iman. Hari ini halaqah-halaqah iman telah tiada di masjid-masjid. Dalam masjid ada cerita-cerita dunia, business dan politik. Sahabat-sahabat mengajak satu sama lain duduk seketika untuk muzakarah (bincang) iman.


2. Ceritakan bantuan ghaib Allah kepada Nabi-nabi. Kita perlu baca kisah-kisah Nabi bukan kisah sejarah bahkan untuk dibawa sebagai tazkirah untuk memperkuatkan yakin bahawa pada hari ini juga Allah akan membantu orang Islam sepertimana Allah bantu Nabi-nabi terdahulu. Allah berfirman bahawa "Kami menceritakan kepada kamu kisah-kisah nabi dan rasul terdahulu untuk memantapkan keyakinan hati kamu". Kisah-kisah nabi itu adalah sebagai iqtibar kepada kaum mukmin untuk memantapkan yakin kepada Allah. Kita kena meyakini bantuan Allah kepada Nabi-nabi, Allah yang sama juga yang akan membantu umat ini apabila kita membuat kerja Nabi-nabi.


3. Menceritakan bantuan Allah kepada para Sahabat. Kita perlu baca kisah-kisah sahabat itu untuk memperkuatkan Iman kita. Kita perlu menyakini bantu-bantuan ghaib Allah kepada para Sahabat. Dalam keadaan sekarang apa yang berlaku dalam pemikiran umat bahawa bantuan itu telah berlalu. Ini yang menyebabkan syak dalam agama kita. Keadaan itu menyebabkan kita berasa maazur atau uzur atau malas untuk mengamalkan syariat kerana keyakinan kepada janji Allah telah keluar dari hati-hati kita. Perkara perkhabaran dari Nabi adalah Hak, dan nadar iaitu perkhabaran dari apa yang nampak. Seorang sahabat memberitahu Abu Darda r.a. bahawa rumahnya terbakar, Abu Darda diam, seterusnya orang kedua memberitakan perkhabaran yang sama, begitu juga orang ketiga yang menceritakan perkhabaran yang serupa tetapi orang yang keempat mehkhabarkan rumah tuan TIDAK terbakar. Abu Darda berkata aku dah yakin bahawa rumah aku tidak terbakar kerana aku telah membaca doa yang diajar oelh Nabi s.a.w. bahawa barang siapa yang menbaca doa itu diwaktu pagi nescaya rumahnya tidak terbakar dan Abu Darda telah membaca doa tersebut. Allah bertindak atas sangkaan hambanya. Keadaan-keadaan yang ada sekarang, keyakinan dengan bantuan Allah telah terkeluar dikalangan orang Islam. Ini akan membuat kita uzur atau malas untuk mengamalkan agama secara sempurna. Sedangkan Nabi s.a.w. bersabda bahawa bantuan Allah kepada umat akhir zaman sepuluh kali ganda sebagaimana Allah membantu para Sahabat. Kita ceritakan bantuan ghaib Allah kepada Sahabat supaya kita bersangka baik dengan Allah swt. Allah akan berurusan dengan kita atas sangkaan kita. Bantuan Allah tidak berhubung kait pada masa yang berlalu tetapi begantung kepada amal kita.

4. Menceritakan iman dengan alamat-alamatnya. Usaha wujudkan iman bersama dengan alamatnya sekali. Sahabat-sahabat bertanya Rasulullah s.a.w. "Iman itu apa?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "ketaatan, mengembirakan kamu dan kemaksiatan, menyedihkan kamu". Iman adalah taqwa, apabila ada iman, taqwa akan datang sekali. Tidak mungkin seorang itu beriman tetapi tidak bertaqwa. Dalam Al-Quran Allah sebut kalimah ini sebagai kalimah taqwa. Alamat iman yang pertama ialah taqwa, apa itu taqwa? Taqwa ialah takut kepada Allah ketika berseorangan, ketika bersunyi diri. Misalnya seseorang hendak buat dosa, tetapi depan orang ramai dia tidak buat atau seseorang itu hendak buat dosa tetapi takut orang nampak, itu pun sudah dosa. Semua asas amalan baik ialah taqwa. Taqwa dan sabar adalah sama, kedua-duanya dituntut. Jika kita taqwa dan sabar serta-merta akan datang bantuan Allah. Sekarang orang ada sabar tetapi tidak ada taqwa. Kalau ada sabar tetapi tidak ada taqwa nusrah (bantuan) Allah tidak akan datang. Walaupun umat ditimpa kesusahan dan kesempitan, mereka bersabar tetapi nusrah Allah masih tidak turun kerana mereka tidak taqwa. Dimana Allah cerita dalam Al-Quran, sabar dan taqwa, kedua-duanya perlu. Hanya sabar tanpa taqwa ia tidak sempurna. Dengan sabar ada janji Allah iaitu perlu taqwa. Taqwa pun ada janjiNya iaitu perlu sabar.

5 janji Allah dengan taqwa.

1. Orang yang takut dengan Allah, Allah akan buka jalan-jalan penyelesaian, keluarkan dia dari kesusahan seperti Nabi Yusof a.s., dengan taqwa semua pintu terbuka dengan sendiri. Apabila Zulaikha ajak Nabi Yusof, semua pintu-pintu tertutup. Ini semua kerana Nabi Yusof sabar apabila dikhianati oleh saudara-saudaranya. Kemudian dia jadi budak suruhan Zulaikha. Tetapi sebab Nabi Yusof sabar dan taqwa saudara-saudaranya pula berhajat kepadanya, datang minta makanan dan bantuan daripadanya.

2. Allah akan mudahkan rezekinya. Allah swt mudahkan Nabi Daud a.s. dalam mencari rezeki dimana besi untuk membuat pedang lembut seperti tepung diuli, kerana untuk usaha dakwah dia tidak guna harta Kerajaan.

3. Allah memberi ganjaran.

4. Allah ampunkan semua dosanya yang lalu.

5. Mendapat rezeki yang halal.

Oleh itu perkara yang pertama kita lakukan ialah kita kena bawa taqwa dalam muamalat (pekerjaan/perniagaan) kita. Kita perlu sedar diri kita beribadah jadi makanan kita mesti jauh dari yang haram. Kita perlu yakin dengan memakan makanan yang haram, akan rosak amalan kita. Saidina Abu Bakr termakan satu suap dari hasil tukang tilik, dia terus muntahkan balik. Beliau sedia mati disebabkan makanan itu. Seba itu dalam usaha kita cari rezeki perlu bawa taqwa, supaya kita dapat rezeki yang halal. Apa yang kita yakin itulah yang akan datang dalam amalan kita. Dalam ibadat bukan sahaja pakaian suci, makanan suci, tempat suci, tapi darah kita yang mengalir pun mesti jauh dari yang haram yakni mesti suci. Ini penting kerana ia termasuk taqwa zahir. Maka kita mesti jauhkan dari riba', jauhkan dari penipuan. Dalam muamalat mesti ada taqwa supaya terhindar dari makanan haram kerana darah yang mengalir mesti suci untuk kita jaga amalan agama kita.

Oleh itu usaha cari makan ini kita perlu berlandaskan agama dengan cara letakkan amal dihadapan dari asbab. Asbab bukan maksud tetapi kita kena letak hukum dalam asbab, Allah swt bagi asbab untuk kita letakkan hukum dan dari hukum ini Allah wujudkan keberkatan. Dalam perniagaan tiada keuntungan, pemeliharaan, dalam ubat tidak ada kesihatan, untuk dapat terus dari zat Allah ialah dengan amal. Allah hendak lihat kita yakin pada asbab atau yakin pada Allah. Ubat belum tentu boleh bagi kita sihat tanpa izin Allah, makanan tak boleh mengenyangkan kalau Allah tak izinkan, kerja kuat siang malam belum tentu boleh buat kita kaya tanpa izin Allah, harta belum tentu buat kita bahagia tanpa izin Allah. Allah nak lihat kita pilih asbab atau pilih hukum. Misalnya seseorang hendak keluar pergi berniaga, dia sembahyang 2 rakaat dahulu. Allah telah beritahu bahawa Allah jadikan dunia ini dengan perhiasan-perhiasan untuk ujian. Seperti Nabi Sulaiman a.s. Allah bagi asbab yang banyak, beri dia kuasa, ada kerajaan yang luas, ada harta yang banyak, istana Ratu Balqis datang padanya sekelip mata; Allah hendak lihat dia bersyukur atau kufur. Oleh itu semua asbab yang kita nampak atau tidak nampak perlu kita kembalikan kepada Allah swt. Apabila kita tumpukan ghairullah daripada Allah, Allah akan tarik keberkatan dan manfaat darinya. Sebab itu kita perlu yakin dengan janji Allah, yakin dengan kudrat Allah dan yakin dengan hukum-hakam Allah swt. Dengan hukum-hakam Allah swt, ada janji Allah swt.

Untuk datangkan yakin ini kita perlu dakwah, dakwah dan dakwah. Dengan dakwah wujud suasana, yakin akan berubah tetapi dengan syarat umat ini datang dengan cara majmuknya atau seluruhnya pada dakwah. Jadi orang beriman yang menyakini bahawa tanpa dakwah tidak akan keluar daripada kerugian. "Demi masa, semua manusia dalam kerugian kecuali orang beriman dan amal soleh, dan berpesan-pesan dengan iman dan sabar" (surah al-asr), kedua-duanya perlu. Setiap orang beriman ada 4 tanggungjawab ini. Allah akan mengeluarkan umat ini dari segala kerugian apabila kita membuat kerja dakwah. Musibat yang melanda orang mukmin kini, dia tidak nampak jalan keluar tanpa membuat usaha dakwah dan mukmin seperti kuda yang makan setakat tali yang mengikatnya, setakat itu ia berpatah balik. Orang mukmin perlu mengambil pelajaran dari keadaan yang menimpa dia, dia tidak dapat keluar tanpa iman. Orang mukmin perlu sedar bahawa tidak ada jalan lain untuk mengeluarkan mereka dari musibat yang datang, kecuali membuat hanya satu usaha sahaja iaitu membuat usaha atas iman dan amal, dan mengajak orang lain juga untuk membuat usaha iman dan amal, dan laksanakannya dengan penuh kesabaran. Tanggungjawab ini perlu dilakukan secara ijtimae (berjemaah), kita kena jadikan setiap umat ini da'ei. Bila mana ada umat yang tidak datang kepada usaha dakwah, maka usaha akan pincang, umat akan tidak selamat.

Untuk membawa agama dalam kehidupan, kita setiap orang mukmin perlu membuat usaha atas agama. Ulama' beritahu bahawa ada orang tidak membuat dakwah yang makruf sebab dia tidak beramal seumpama seorang yang tidak sembahyang, tidak puasa; Kita perlu seru kepada makruf walaupun kita tidak amal. Kalau dia buat dakwah dan juga amal, itulah yang sebaik-baiknya. Apabila kita buat kerja dakwah, akan timbul keinginan melakukan makruf dan Allah akan wujudkan kebencian dalam melakukan yang mungkar. Maka jadilah dia sebaik-baik mukmin yang diredhai oleh Allah swt. Oleh sebab itu kita perlu niat, kita perlu buat dan bawa seluruh umat kepada kerja ini.

Maka marilah kita semua berdoa, "Ya, Allah, apa-apa kesalahan dan kekurangan yang telah berlaku sehingga sekarang maafkanlah kami Ya Allah, untuk masa akan datang pilihlah kami Ya Allah untuk kami ambil tanggungjawab Nabi sebagai tanggungjawab kami Ya Allah". "Wahai Robb, jika umat tidak datang kepada kerja Nabi, umat ini akan rosak, ya Allah kasihanilah kami. Orang Islam di seluruh dunia terimalah mereka buat usaha Nabi dengan cara Nabi. Semua orang bukan Islam juga keluarga kamu Ya Allah, kalau mereka tidak diselamatkan, mereka selama-lamanya akan masuk neraka. Di dalam kubur 99 ekor yang akan patuk mereka Ya Allah, semua orang bukan islam masukkanlah mereka dalam Islam. Kami tidak mahu apa-apa Ya Allah. Apa kehendak kamu Ya Allah untuk orang Islam dan yang bukan Islam, itulah hendak kami penuhi". "Ya Allah, terimalah saya dan rakan-rakan saya yang buat usaha agama sepertimana yang kamu kehendakki. Terimalah doa kami ya Allah" Amin Ya Rabbal Alamin.

Sunday, February 26, 2012

DARJAT di Pandangan ALLAH Dan Pandangan Manusia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Bersyukur kita semua kepada ALLAH kerana dengan limpah kurnia dia saya masih lg disini dapat menulis blog ini dan anda semua masih dpt berada didepan komputer anda membaca blog ini. Memang rasa bersyukur sangat sbb ALLAH bg peluang kepada aku untuk hirup udara lg dan lg. Tanpa ALLAH pasti dan pasti aku langsung tk dapat buat ape2 sebab aku ni hamba yang sangat lemah dan hina. Bersyukur lg dan lg ALLAH masih pilih aku untuk buat usaha keatas iman ni. Kalau tk aku munkin masih hanyut dalam mengejar dunia yg smankin jauh bila dikejar.


Semalam baru je aku balik dari kg untuk menghadiri majlis perkahwinan kwan aku disebelah rumah aku dan dia ni memg kwn yang mak aku bela sejak dia dari kecil lg. Macam yang aku ceritakan dalam entry yang lepas dia ni seorang doktor. Memang pandai dia ni. Disebabkan mak dan ayah dia keje so mak akulah yang jadi pengasuh dia..boleh dikatakan semua anak yang mak aku asuh adela dalam 4 orang seumenye dah berkejaya yang hebat2 bila tiba tang anak dia sendri biasa2 je..degil dan sume cukup dalam adik beradik aku ni hehe...buas la katakan masa kecik..nak main je taunye..org balik sekolah terus kerumah tp aku leh lak g masuk longkang tangkap ikan time ujan plak tu haha..idak le tau bende tu kotor time tu haha..tp dpt ikan banyak tau hehe..memang puas hati walau pun balik rumah kene banyak liang dari bapak aku n mak aku. Kecian nye mak aku memg jenuh jugak la dia nak mendidik aku dan abg aku masa tu sbab kami masing2 degil. Memg sedih kalau teringat betapa susahnye diorang masa nak besarkan kami dulu2. Tapi sekarang aku tengok mak aku dah slow dah.tkde lah garang sngat mcm msa2 dia muda dulu. Munkin dia dah tua kot. Badan pun dah tk betenaga dah mcam dlu. Kadang sedih tau kalau direnung redup pandangan mata dia. Kalau dulu dia muda boleh la marah2, sekarang dah tua lain la pulak..kecian dia..adik aku yang perempuan lak ni memg syokla sbb mak aku dah tak garang macam dlu..tp hasilnya dia pun jadi degil macam sekarang ni. Cukupla pemalas dan serba serbi suka buat mak aku berleter je...yang paling teruk dia ni berat betol kalau disuruh sembahyang. Aku pun dah letih memikirkan mcam mana cara terbaik dan cara berhikmah yang dapat aku buat untuk selamatkan adik aku ni..tambahan dia perempuan. Kenalah ade perisai yang kuat. Sebab aku pasti satu hari nanti dia pun pasti akan keluar dari rumah aku untuk sambung belajar atau dok jauh untuk kerja. Time tulah dia kene ade perisai yang kuat supaya dia tk terjebak dengan benda yang tk elok. Melihatkan perempuan zaman sekarang memg buat aku jadi tk senang memikirkan adik perempuan aku yang sorang ni. Menjadi tangungjawab aku sekrang ni sebab bapak aku dah lumpuh.


Berbalik kepada cerita pasal kawan aku yang berkahwin tu kat bawah ni aku ada sertakan gambar dia dok atas pelamin tengah bersanding. Seronok je tengok dia berkahwin dan aku ucapkan tahniah sebab dia dah kawin. Tp bila terpikirkan pulak tentang nasib aku yang tk kawin2 ni jadi sedih pulak. Munkin ALLAH nak tarbiah hati aku dan uji aku sejauh mana aku bersyukur dengan pemberiannya. Yela sape la yang nak kat karkun ni..jambang pun penuh, kalau kawen ngan aku nnti kene tingal 3 ari sebulan n 40 hari sathun...dan kalau aku keluar 4 bulan lg la ramai yang tk sanggup..macam2 tomahan orang akan bagi kat dia nnti...msti dia akan malu. Takpelah tngu jelah yang boleh terima aku dan usaha ni sebab aku dah nekad untuk buat usaha ni sampai mati. Mungkin ada hikmah ALLAH bg jalan ini pada aku.


Dalam gambar tu ada adik lelaki aku sebgai pengapit. Ramai orang kata adik aku lg ensom dari abgnye hehe...jealous aku. Tapi memang betol pun ^_^..

Nak dijadikan cerita time persandingan atas pentas tu ramai la orang yg tengah tengok pengantin. Pengacara majlis dengan menggunakan mike nye pun berceritalah pasal profile si kawan aku yang jadi doktor ni supaya hadirin yang datang menghadiri majlis dapat kenal dengan si pengantin ni. Tak pasal2 aku jadi teruja lak bila dia cakap kwn aku ni melanjutkan pelajaran diluar negara dan sekarang sudah menjadi doktor..lebih kurang mcam tu bunyi ayat dia..tapi seketika aku terus terpikirkan yang darjat macam ni dok kita banggakan apelah ertinya tanpa adanya agama dlam diri. Dipandangan ALLAH memang langsung ALLAH tk pandang dia ni keje ape yang penting bagaimana ALLAH memandang dia dan sejauh mana amalan dia disisi ALLAH. Point aku kat sini bukannye nak merendahkan sape2 pun dalam entry kali ni cuma aku nak bg tau begitu terkesannya manusia dengan gelaran yang diberi didunia yang sementara ni. Terutamanya diri aku sendiri smpai meremang pulak bulu roma aku bangga apabila pengacara tu sebut dia kawan aku ni doktor. Begitu terkesannya aku yang dididik dari kecik yang gelaran didunia sesuatu yang sangat bermakna. Maafkanlah aku ya ALLAH...aku memg lemah dan aku mintak ALLAH tarbiahkan hati aku ni agar tak terkesan dengan dunia ni dan supaya aku tak letakkan kecintaan pada dunia dalam hati aku ini. Ape yang penting sebenarnya adalah pandangan ALLAH kita dan bukannye pandangan manusia terhadap kita. Disni bukan juga aku nak katakan yang belajar smpai jadi doktor tu tkda ape2 faedah cuma yang penting kenelah jadi doktor yang ada bwak agama dalam diri dia...barulah ALLAH pandang. Tapi yang bagusnya kawan aku ni dia pun memang bagus...sembahyang pun tk tingal..untung lah isteri dia dapat kawen ngan dia huhu...tahniah aku ucapkan ...semoga ALLAH berkati pasangan ini sampai akhir hayat...









Friday, February 24, 2012

MeNnCaRI ReDHo ALLAH....





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama dah tak menulis rindu pulak bila baca blog2 orang lain yang memang bagus penyampaiannye..aku pun blur je sbb takde topik yang aku nak celotehkan sehingga datangnye idea td selepas aku solat tadi. Mingu ni aku balik ke kg kerana ade jiran sebelah rumah aku kawin. Dan dia ni memg kawan dengan aku sejak sekolah lg cumanya dia ni pandai skit dari aku dan dah jadi doktor pun sekarang hehe...perasan lak aku. Mesti mak dia sangat heppy anak dia dah jadi doktor..cuma aku ni je yang tk jadi ape2 pun huhu...cukuplah sekadar aku cuba menjadi anak yang soleh pada mak aku.






Setelah sekian lamanye tadi aku pun pergilah sembahyang kat masjid yang dah lama aku dah tk pergi as-sebab kekurangan iman aku akibat dari perbuatan aku yang meningalkan  usaha agama seperti yang aku ada ceritakan pada entry yang lepas. Memang memerlukan satu kekuatan untuk pergi sebab dulu orang masjid memang dah kenal aku sebagai seorang karkun yang memang selalu berjemaah kat masjid kg aku ni...tp tiba2 hilang plak tak datang2 dah huhu..sembahyang kat rumah je slepas tu..aduhh...lemahnye aku...maafkanlah aku ya ALLAH...


Hari ini aku dah nekad betol2 nak buat usaha ni sampai aku mati..disebabkan kelemahan aku dahulu aku tingalkan semua sunnah..memang terasa kekosongan dalam hati bila tak buat usaha ni...masa banyak terluang kat perkara yang tak berfaedah, duit pun banyak dibelanjakan pada perkara yang tak berfaedah. memang aku rasa menyesal sangat. Kali ni aku datg masjid dengan satu perbezaan. Jambang aku dah penuh tk sperti aku yang dulu yg akan cukur dan trim jangut aku bg pendek bg nampak macho hehe..tp aku pun tak la sehensom mana pun..haha perasan lagi..tapi memang ade pakcik sebelah rumah aku cakap aku dah mcam osama bin ladin je..aku gelak je hehe..kali ini biarlah ape orang nak kata kat aku..sebab dalam satu hadis pernah kata nak amalkan satu sunnah dan istiqamah dizaman ini ibarat menggenggam bara api..ibaratnye memang susah sebab orang dah lama tinggalkan benda ni dan orang akan anggap pelik bila orang amalkan sunnah sekarang ni. Lepas masuk je kedalam masjid lepas sorang2 pakcik2 yang ade dalam tu tenung aku macam dah lama tk jumpa.. memg dah lama tk jumpe pun sbb aku tk berjemaah kat masjid huhu..mesti banyak persoalan diminda diorang ni seperti yang najwa latif cakap tu haha..so aku dah lepas la ujian yang pertama..lepas ni diorang tkkan pelik lg dengan kehadiran aku sbb dah nampak huhu..kali ni aku lebih mengharapkan redho ALLAH dari aku mengharapkan redho manusia yang tk punyai ape2 nilai pun. Biarlah manusia tak suka janji ALLAH suka.






Ape yang bagusnya usaha tempatan kat sini dah ade kemajuan. Aku berpeluang jumpa dengan rakan seusaha dulu2 yang masih lagi bergiat dengan usaha ni dan bertanye kabar dengan diorang. Yang paling aku terkejut budak senior aku yang sekolah sekali dengan aku dulu pun dah buat usaha ni. memang aku terkejut sangat. Dulu aku cukup bengang dengan geng2 dia ni. Geng2 ni lah paling nakal sekali kat sekolah aku. Tapi ALLAH tu maha kuasa dia berkuasa untuk bagi hidayat kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki. Bila dan pada siapa tu tak sesiapa pun tahu. Dia juga berkuasa untuk tarik balik hidayat dari sesiapa sahaja yang dia kehendaki. Moga ALLAH akan kekalkan usaha ini pada diri aku dan keturunan aku sampai hari kiamat..amin.


Kali ni aku terasa perbezaannya sebab kali ni aku lebih mudah menangis kalau dengar cerita pasal pengorbanan nabi dan sahabat. Bila orang ceritakan pasal kebesaran allah pun aku mudah menangis. Dalam solat pun aku selalu menangis. Bila mengenangkan dosa aku pun aku selalu menangis. Terasa hina dan kerdilnya diri aku..dan terasa diri aku ni memang bodoh sebab berpaling setelah DIA tunjukkan jalan yang lurus. Terasa rahimnya ALLAH ni sebab masih terima aku yang hina ini untuk buat usaha agama ini. Dalam banyak2 orang ALLAH masih pilih aku untuk khuruj lagi dijalan ALLAH sedangkan ada hadis yang mengatakan bahawa ALLAH akan tilik seseorang itu sebanyak 70 kali sebelum dipilih untuk khuruj dijalan ALLAH. Atas kelemahan aku, aku tak dapat nak tunjukkan hadis tersebut pada pembaca yang budiman. Segala amalan dan kebaikan akan dinilai untuk memuliakan seseorang hambanya itu.YA ALLAH ampunkan segala keslahan aku yang dahulu. Berilah aku peluang untuk bertaubat padamu.


Kali ini bermulalah episod baru kehidupan aku dalam mencari redho nabi MUHAMMAD dan ALLAH. Tiada ape yang aku harapkan dari ALLAH selain keredhoannya.

Thursday, February 23, 2012

MaNiSNYa TaHaJJuD



Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.

Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.

Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t. Berkata Al Fudhail bin Iyadh, “Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!” Abu Sulaiman pula berkata, “Jikalau tidaklah kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini.”

Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat- malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepda hamba-hambaNya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia- manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.

Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya. Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka.”

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur.”

Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba- hambaNya yang menghidupkan malam.

Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia melakukannya.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas.”

Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dealam golongan mnusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...