Sunday, February 26, 2012

DARJAT di Pandangan ALLAH Dan Pandangan Manusia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Bersyukur kita semua kepada ALLAH kerana dengan limpah kurnia dia saya masih lg disini dapat menulis blog ini dan anda semua masih dpt berada didepan komputer anda membaca blog ini. Memang rasa bersyukur sangat sbb ALLAH bg peluang kepada aku untuk hirup udara lg dan lg. Tanpa ALLAH pasti dan pasti aku langsung tk dapat buat ape2 sebab aku ni hamba yang sangat lemah dan hina. Bersyukur lg dan lg ALLAH masih pilih aku untuk buat usaha keatas iman ni. Kalau tk aku munkin masih hanyut dalam mengejar dunia yg smankin jauh bila dikejar.


Semalam baru je aku balik dari kg untuk menghadiri majlis perkahwinan kwan aku disebelah rumah aku dan dia ni memg kwn yang mak aku bela sejak dia dari kecil lg. Macam yang aku ceritakan dalam entry yang lepas dia ni seorang doktor. Memang pandai dia ni. Disebabkan mak dan ayah dia keje so mak akulah yang jadi pengasuh dia..boleh dikatakan semua anak yang mak aku asuh adela dalam 4 orang seumenye dah berkejaya yang hebat2 bila tiba tang anak dia sendri biasa2 je..degil dan sume cukup dalam adik beradik aku ni hehe...buas la katakan masa kecik..nak main je taunye..org balik sekolah terus kerumah tp aku leh lak g masuk longkang tangkap ikan time ujan plak tu haha..idak le tau bende tu kotor time tu haha..tp dpt ikan banyak tau hehe..memang puas hati walau pun balik rumah kene banyak liang dari bapak aku n mak aku. Kecian nye mak aku memg jenuh jugak la dia nak mendidik aku dan abg aku masa tu sbab kami masing2 degil. Memg sedih kalau teringat betapa susahnye diorang masa nak besarkan kami dulu2. Tapi sekarang aku tengok mak aku dah slow dah.tkde lah garang sngat mcm msa2 dia muda dulu. Munkin dia dah tua kot. Badan pun dah tk betenaga dah mcam dlu. Kadang sedih tau kalau direnung redup pandangan mata dia. Kalau dulu dia muda boleh la marah2, sekarang dah tua lain la pulak..kecian dia..adik aku yang perempuan lak ni memg syokla sbb mak aku dah tak garang macam dlu..tp hasilnya dia pun jadi degil macam sekarang ni. Cukupla pemalas dan serba serbi suka buat mak aku berleter je...yang paling teruk dia ni berat betol kalau disuruh sembahyang. Aku pun dah letih memikirkan mcam mana cara terbaik dan cara berhikmah yang dapat aku buat untuk selamatkan adik aku ni..tambahan dia perempuan. Kenalah ade perisai yang kuat. Sebab aku pasti satu hari nanti dia pun pasti akan keluar dari rumah aku untuk sambung belajar atau dok jauh untuk kerja. Time tulah dia kene ade perisai yang kuat supaya dia tk terjebak dengan benda yang tk elok. Melihatkan perempuan zaman sekarang memg buat aku jadi tk senang memikirkan adik perempuan aku yang sorang ni. Menjadi tangungjawab aku sekrang ni sebab bapak aku dah lumpuh.


Berbalik kepada cerita pasal kawan aku yang berkahwin tu kat bawah ni aku ada sertakan gambar dia dok atas pelamin tengah bersanding. Seronok je tengok dia berkahwin dan aku ucapkan tahniah sebab dia dah kawin. Tp bila terpikirkan pulak tentang nasib aku yang tk kawin2 ni jadi sedih pulak. Munkin ALLAH nak tarbiah hati aku dan uji aku sejauh mana aku bersyukur dengan pemberiannya. Yela sape la yang nak kat karkun ni..jambang pun penuh, kalau kawen ngan aku nnti kene tingal 3 ari sebulan n 40 hari sathun...dan kalau aku keluar 4 bulan lg la ramai yang tk sanggup..macam2 tomahan orang akan bagi kat dia nnti...msti dia akan malu. Takpelah tngu jelah yang boleh terima aku dan usaha ni sebab aku dah nekad untuk buat usaha ni sampai mati. Mungkin ada hikmah ALLAH bg jalan ini pada aku.


Dalam gambar tu ada adik lelaki aku sebgai pengapit. Ramai orang kata adik aku lg ensom dari abgnye hehe...jealous aku. Tapi memang betol pun ^_^..

Nak dijadikan cerita time persandingan atas pentas tu ramai la orang yg tengah tengok pengantin. Pengacara majlis dengan menggunakan mike nye pun berceritalah pasal profile si kawan aku yang jadi doktor ni supaya hadirin yang datang menghadiri majlis dapat kenal dengan si pengantin ni. Tak pasal2 aku jadi teruja lak bila dia cakap kwn aku ni melanjutkan pelajaran diluar negara dan sekarang sudah menjadi doktor..lebih kurang mcam tu bunyi ayat dia..tapi seketika aku terus terpikirkan yang darjat macam ni dok kita banggakan apelah ertinya tanpa adanya agama dlam diri. Dipandangan ALLAH memang langsung ALLAH tk pandang dia ni keje ape yang penting bagaimana ALLAH memandang dia dan sejauh mana amalan dia disisi ALLAH. Point aku kat sini bukannye nak merendahkan sape2 pun dalam entry kali ni cuma aku nak bg tau begitu terkesannya manusia dengan gelaran yang diberi didunia yang sementara ni. Terutamanya diri aku sendiri smpai meremang pulak bulu roma aku bangga apabila pengacara tu sebut dia kawan aku ni doktor. Begitu terkesannya aku yang dididik dari kecik yang gelaran didunia sesuatu yang sangat bermakna. Maafkanlah aku ya ALLAH...aku memg lemah dan aku mintak ALLAH tarbiahkan hati aku ni agar tak terkesan dengan dunia ni dan supaya aku tak letakkan kecintaan pada dunia dalam hati aku ini. Ape yang penting sebenarnya adalah pandangan ALLAH kita dan bukannye pandangan manusia terhadap kita. Disni bukan juga aku nak katakan yang belajar smpai jadi doktor tu tkda ape2 faedah cuma yang penting kenelah jadi doktor yang ada bwak agama dalam diri dia...barulah ALLAH pandang. Tapi yang bagusnya kawan aku ni dia pun memang bagus...sembahyang pun tk tingal..untung lah isteri dia dapat kawen ngan dia huhu...tahniah aku ucapkan ...semoga ALLAH berkati pasangan ini sampai akhir hayat...









Friday, February 24, 2012

MeNnCaRI ReDHo ALLAH....





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama dah tak menulis rindu pulak bila baca blog2 orang lain yang memang bagus penyampaiannye..aku pun blur je sbb takde topik yang aku nak celotehkan sehingga datangnye idea td selepas aku solat tadi. Mingu ni aku balik ke kg kerana ade jiran sebelah rumah aku kawin. Dan dia ni memg kawan dengan aku sejak sekolah lg cumanya dia ni pandai skit dari aku dan dah jadi doktor pun sekarang hehe...perasan lak aku. Mesti mak dia sangat heppy anak dia dah jadi doktor..cuma aku ni je yang tk jadi ape2 pun huhu...cukuplah sekadar aku cuba menjadi anak yang soleh pada mak aku.






Setelah sekian lamanye tadi aku pun pergilah sembahyang kat masjid yang dah lama aku dah tk pergi as-sebab kekurangan iman aku akibat dari perbuatan aku yang meningalkan  usaha agama seperti yang aku ada ceritakan pada entry yang lepas. Memang memerlukan satu kekuatan untuk pergi sebab dulu orang masjid memang dah kenal aku sebagai seorang karkun yang memang selalu berjemaah kat masjid kg aku ni...tp tiba2 hilang plak tak datang2 dah huhu..sembahyang kat rumah je slepas tu..aduhh...lemahnye aku...maafkanlah aku ya ALLAH...


Hari ini aku dah nekad betol2 nak buat usaha ni sampai aku mati..disebabkan kelemahan aku dahulu aku tingalkan semua sunnah..memang terasa kekosongan dalam hati bila tak buat usaha ni...masa banyak terluang kat perkara yang tak berfaedah, duit pun banyak dibelanjakan pada perkara yang tak berfaedah. memang aku rasa menyesal sangat. Kali ni aku datg masjid dengan satu perbezaan. Jambang aku dah penuh tk sperti aku yang dulu yg akan cukur dan trim jangut aku bg pendek bg nampak macho hehe..tp aku pun tak la sehensom mana pun..haha perasan lagi..tapi memang ade pakcik sebelah rumah aku cakap aku dah mcam osama bin ladin je..aku gelak je hehe..kali ini biarlah ape orang nak kata kat aku..sebab dalam satu hadis pernah kata nak amalkan satu sunnah dan istiqamah dizaman ini ibarat menggenggam bara api..ibaratnye memang susah sebab orang dah lama tinggalkan benda ni dan orang akan anggap pelik bila orang amalkan sunnah sekarang ni. Lepas masuk je kedalam masjid lepas sorang2 pakcik2 yang ade dalam tu tenung aku macam dah lama tk jumpa.. memg dah lama tk jumpe pun sbb aku tk berjemaah kat masjid huhu..mesti banyak persoalan diminda diorang ni seperti yang najwa latif cakap tu haha..so aku dah lepas la ujian yang pertama..lepas ni diorang tkkan pelik lg dengan kehadiran aku sbb dah nampak huhu..kali ni aku lebih mengharapkan redho ALLAH dari aku mengharapkan redho manusia yang tk punyai ape2 nilai pun. Biarlah manusia tak suka janji ALLAH suka.






Ape yang bagusnya usaha tempatan kat sini dah ade kemajuan. Aku berpeluang jumpa dengan rakan seusaha dulu2 yang masih lagi bergiat dengan usaha ni dan bertanye kabar dengan diorang. Yang paling aku terkejut budak senior aku yang sekolah sekali dengan aku dulu pun dah buat usaha ni. memang aku terkejut sangat. Dulu aku cukup bengang dengan geng2 dia ni. Geng2 ni lah paling nakal sekali kat sekolah aku. Tapi ALLAH tu maha kuasa dia berkuasa untuk bagi hidayat kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki. Bila dan pada siapa tu tak sesiapa pun tahu. Dia juga berkuasa untuk tarik balik hidayat dari sesiapa sahaja yang dia kehendaki. Moga ALLAH akan kekalkan usaha ini pada diri aku dan keturunan aku sampai hari kiamat..amin.


Kali ni aku terasa perbezaannya sebab kali ni aku lebih mudah menangis kalau dengar cerita pasal pengorbanan nabi dan sahabat. Bila orang ceritakan pasal kebesaran allah pun aku mudah menangis. Dalam solat pun aku selalu menangis. Bila mengenangkan dosa aku pun aku selalu menangis. Terasa hina dan kerdilnya diri aku..dan terasa diri aku ni memang bodoh sebab berpaling setelah DIA tunjukkan jalan yang lurus. Terasa rahimnya ALLAH ni sebab masih terima aku yang hina ini untuk buat usaha agama ini. Dalam banyak2 orang ALLAH masih pilih aku untuk khuruj lagi dijalan ALLAH sedangkan ada hadis yang mengatakan bahawa ALLAH akan tilik seseorang itu sebanyak 70 kali sebelum dipilih untuk khuruj dijalan ALLAH. Atas kelemahan aku, aku tak dapat nak tunjukkan hadis tersebut pada pembaca yang budiman. Segala amalan dan kebaikan akan dinilai untuk memuliakan seseorang hambanya itu.YA ALLAH ampunkan segala keslahan aku yang dahulu. Berilah aku peluang untuk bertaubat padamu.


Kali ini bermulalah episod baru kehidupan aku dalam mencari redho nabi MUHAMMAD dan ALLAH. Tiada ape yang aku harapkan dari ALLAH selain keredhoannya.

Thursday, February 23, 2012

MaNiSNYa TaHaJJuD



Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.

Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.

Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t. Berkata Al Fudhail bin Iyadh, “Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!” Abu Sulaiman pula berkata, “Jikalau tidaklah kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini.”

Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat- malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepda hamba-hambaNya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia- manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.

Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya. Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka.”

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur.”

Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba- hambaNya yang menghidupkan malam.

Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia melakukannya.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas.”

Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dealam golongan mnusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa.”

Friday, February 17, 2012

Aku dan Tabligh!!!!

KELUAR DIJALAN ALLAH
Erm sebenarnye dah lama jugak aku nak buat entry tajuk ni tp disebabkan tiada masa terpaksalah aku tanguh dari buat entry ni..

Ape kaitan aku dengan tajuk kali ni..kalau yang membaca mesti tertnya2 ape la dia..tu pun kalau ada orang baca blog aku ni haha..lagi pun blog aku ni baru je beroperasi so kebanyakan entry yang aku nak sumbat untuk bulan februari ni kebanyakannya adalah pengenalan tentang siapa diri hamba ALLAH ni yang lemah dan tak berdaya tanpa kudrat dari ALLAH.


Tadi lepas balik je dari surau aku terserempak la dengan seorang karkun(orang yang buat usaha dakwah atau org malaysia lebih kenal sebgai Tabligh) ni yang aku dah kenal sejak aku mula rajin datg solat kat surau dekat rumah aku ni..dia la karkun yang paling strong sekali kat marhalah bandar puteri klang ni...kalau ada2 ape2 info pasal dakwah atau usaha ni dia lah yang rajin dok bagi tau kat aku. Last week memg dia bg info kat aku yang mingu ni ada keluar tiga hari kat shah alam. So memg aku dah prepair untuk keluar ni. stelah diberitahu bayan hidayat akan start esok pagi dan dia akan call aku bila nak pergi nanti. So hati aku terasa senang sikit sebab dah lama aku dah tk keluar 3 hari..kali terakhir keluar pun rasa2nya dah 3 tahun yang lepas...huu lama tu..Ya ALLAH maafkanlah aku kerana berpaling stelah engkau tunjukkan jalan yang lurus pada ku.
Dalam istilah tabligh diorang pangil orang macam aku ni karkun sejuk sebab dah lama tak buat kerja dakwah. Tapi orang lama2 kata usaha agama ni special terutama usaha tabligh(actually tkda nama pun usaha ni, inilah kerja nabi2) sebab orang yang pernah buat usaha ni pasti akan buat balik usaha ni sebab dia nampak perbezaan nya bila tk buat usaha ni. Bila usaha ni ditingalkan makanya banyaklah amalan agama perlahan2 aku tingalkan...dari solat kat masjid smpai la aku solat kat rumah je...memg langsung tkde kekuatan bila tak usaha ketas iman sebagaimana kita usaha keatas perkara dunia ni.

oklah terus kepada cerita yang aku nak smpaikan dalam entry kali ini. sebenarnya aku mula2 dapat buat usaha ni bermula masa aku belajar kat GMI atau nama panjang dia German Malaysian Institute. Aku belajar dalam bidang teknikal. Kalau tak silap aku start buat usaha ni masa sem4. Masa tulah aku baru mendekatkan diri dengan surau dan aktiviti2 disurau..time tu aku ikut pun sebab ada kwan sebilik aku ajak..kalau tkda dia memg aku tk pergi punye..hehe...
Memang jadi kemestian kalau pada hari2 tertentu student2 yang buat usaha ni akan datang kebilik hostel budak2 laki dan salah satunya bilik aku haha..jadi nak dijadikan cerita kalau diorang ni datang je ziarah bilik aku budak2 lain semua akan pakat lari bertaburan keserata alam sebab takut kene ceramah punya pasal haha..time tu aku belum lg ikut usaha ni..ade yg dok dalam bilik air..ade yang dok bawah katil pun ade, dan ade gak yang nyorok dalam alamari haha...bila terkenang peristiwa ni memg lucu. Tapi aku sebenarnya sangat2 bersyukur sebab aku dipilih oleh ALLAH untuk kerja2 nabi ni...hanya dengan kerja nabi nilah ALLAH mengangkat darjat umat akhir zaman ni..rasanya kalau nak harapkan amal kita yang tk seberapa ni...apelah sangt...dah la solat nya lintang pukang..belum lagi amalan2 yang lain...sebab ada satu hadis nabi yang mafhumnya semulia2 umat adalah umat akhir zaman kerana ape? kerana ALLAH telah mewariskan kerja2 nabi kepada umat ini..kalau sebelum nabi Muhammad tiba kaum2 nabi terdahulu hanya diperintahkan ALLAH untuk beriman untuk diri sendri je..tkde pun ALLAH suruh diorg buat kerja2 dakwah sebagaimana nabi mereka. Cuma hari ni kita tak sedar yang kita diberi satu tangungjawab yang sangat besar hinggakan gunung ganang pun tk sangup pikul tugas ni...iaitu menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemunkaran.

Berputik dari situ aku pun mula aktif ikut usaha ini smpaikan dari cheras ke putra jaya pun pernah aku pergi untuk keluar semingu time cuti sem. Hidup aku tak lagi aku buang dengan perkara yang tk berfedah. Banyak perkara yang aku tak tahu aku belajar time aku keluar buat usaha ni, aku belajar tentang sunah nabi, aku belajar tentang perkara2 agama dan lain2 yang memang aku tk pernah tau pun sebelum ni..sebenarnya tujuan kita keluar ni sebenarnya secara halus bukan lah nak mengajar orang tentang agama...lg pun kita ni bukannya ustaz...tp sebenarnya untuk islahkan diri sendri. Untuk betolkan diri didalam tempoh kita keluar tu kita belajar jaga solat dimasjid dan jaga solat diawal waktu. Apabila kita balik kerumah mudah lah kita nak amalkan ape yang telah kita belajar semasa keluar ni.

Thursday, February 16, 2012

Ada Apa Dengan Islam???


Assalamualaikum semua kepada yg beragama islam dan selamat sejahtera kepada yang bukan islam. Hari ni ade satu perkara yang membuatkan aku terpanggil untuk menulis walau pun tidur masih tk cukup disebabkan semalam kerja shift malam. Yelah hari ni hari jumaat so bila balik dari keje dah pkul 9 pagi dan lepas tu duduk2 kejap dah pukul 10, pas tu baru tido...lepas tido 2 jam lepas tu bangun balik untuk solat jumaat huhu memang penat..munkin kejap lagi qado balik tido yang tk cukup ni haha..

Nak dijadikan cerita pagi tadi aku bukak computer macam biasa untuk tengok2 tagged jap...pas tu terjumpalah dengan satu pendedahan sorang pempuan ni yang iklankan ada satu geng2 murtad di Malaysia dan di Singapore yang buat satu page dalam fb. Tujuan diorang buat page ini semata2 untuk menghina islam. So aku click la link yang dia bagi tu untuk tngok ape yang ditulis dalam page diorang tu..memg terkejut dan tergamam aku bila baca ape yang ahli2 group tu komen pasal islam. Terus hati panas membara bila islam di hina macam tu sekali. kat sini aku sertakan sekali link dia untuk korang nilai sendri.


So apakah perasaan korang semua bila dah tengok page ni..bg aku memg ada rasa nak angkat pedang and pergi bunuh je geng2 murtad ni..sebab dalam islam sendiri pun memang dah bagi kebenaran untuk kita perangi golongan murtad ni kalau setelah dipujuk diorang tk mau insaf. Tp disebabkan kita ada undang2 tk jadilah aku nak nak buat. Inilah persoalan yang aku nak korang semua fikirkan dimana perginya kegerunan yang ALLAH campak dalam hati orang kafir yang ada pada zaman Nabi saw dahulu.

Kalau dulu2 aku biasa dengar ustaz bagi ceramah pasal kegerunan org kafir ni terhadap orang islam. Dan ustaz tu cakap lebih kurang mcam ni. Aku lupa sikit2 kalau slah harap diperbetolkan..

*Apabila 25% orang islam mula solat berjemaah 5 waktu- maka ahli2 maksiat akan membuat maksiat secara sembunyi. (ptutlh orang sekarang ni buat maksiat secara terang2ngan)

*Apabila 50% orang islam mula solat berjemaah 5 waktu- maka wanita akan tutup aurat secara automatik. (cuba rujuk kalau hari jumaat yang masa tulah orang islam solat berjemaah hampir 75%, apa jadi? perempuan2 yang pakai skirt pun semua dah pakai labuh. Sekali dengan yang bukan islam pun pakai baju kurung..pikirkan..). hebat penangan solat ni kan..

*Apabila 75% orang islam mula solat berjemaah 5 waktu-maka ALLAH dengan sendirinya akan mencampakkan kegerunan dalam hati orang kafir kepada islam( tk hairanlah hari ini obama dan sekutunya pun langsung tk takut pada orang islam)

*Bila mana orang islam 100% mula solat berjemaah- maka orang islam akan memerintah dunia( rujuk para sahabat dizaman nabi saw, 2/3 bumi dibawah tapak kaki mereka, bila mereka memerintah dunia??? rujuk keadaan masjid mereka).

So point aku kat sini kesalahan itu bukannye terletak kat org kafir itu sendiri tapi sebenarnya orang islam sendiri. Lihatlah orang islam dimalaysia sendiri jauh dah dari agama. Sampaikan sekarang pun dah ade yang islam tpi hanya tingal nama sahaja. Tak tak pernah solat dan tak pernah tau pun macam mana nak solat..bila mana usaha dakwah ditingalkan maka dengan sendirinya agama itu akan semankin jauh dari orang islam. Sampaikan hari ni kalau orang yang amal agama ni jadi pelik bila keluar jalan2 ditempat awam. Sebagai contoh kalau kita pakai jubah atau kurta n pergi shopping complex ke mesti semua dok pakat tengok pelik dan hairan bin ajaib..dalam mentaliti diorang kalau pakai jubah atau kurta ni hanya time untuk pergi solat je padahal ianya sunnah nabi.

Berbalik kepada tajuk yang aku post kali ni korang pikir2kanlah dimana tahap kita sendiri sebagai orang islam. Aku pun sebenarnya nyatakan kat sini sebab untuk diri aku jugak dan bukan untuk orang lain.




Wednesday, February 15, 2012

Kau tabligh sekarang?


Aku dengar kau karkun sekarang, kawan.Tiga hari setiap
hujung minggu. Dua minggu setiap hujung bulan. Empat puluh hari tanpa
jemu.Datang kau sekarang dengan jubah, putih.Senyum kau sekarang
dengan siwak, bersih.Dagumu berjanggut.Beratmu yang susut. Apa khabar
saudaraku, sekian lama tidak ketemu. Bukankah kau anak kampung yang aku
kenal dahulu.Yang datang si dara, kau bersiul berlagu. Yang datang si
janda, kau malu tersipu. Di tepi parit, di tembok jambatan. Kau, aku dan
gitar-gitar. Di waktu maghrib, dihalau azan. Kau, aku
terketar-ketar. 
Bukankah kau pemuda yang selalu berkata dahulu. Hidup
ini tanpa lagu rock. Seperti ayam tidak berkokok. Bak kenyang yang tidak
cocok. Kalau tidak menghisap rokok. Falsafah kita bersama. Kau, aku
dan kerjaya. Biarlah tidak kaya-raya. Asalkan kita boleh
bergaya. Sekarang lihatlah. Betapa cerah. Sinaran wajah. Penghuni
Jannah. 
Aku dengar kau giat tabligh sekarang, kawan...Dari surau ke
surau. Dari kampung ke kampung. Dari pulau ke pulau. Dari tanjung ke
tanjung. Kaujelajah. DIA Kau daki DIA Kau redah DIA Kau takik
DIA;Satu persatu cabaran, dengan tabah kau tawan. Aku dengar kau alim
sekarang, kawanBahasamu berlapik, tuturmu halus belaka. Tidak lagi
memekik, macam orang Melaka. Jelinganmu rendah, matamu sejuk bak
salji. Isterimu berpurdah, anakmu khusyuk mengaji. Seleramu buta, tidak akan
memilih. Asalkan ada, tidak akan merintih. Kau yang aku
lihat. Dan Kau yang aku ingat: Bak siput dan kilat. 
Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah. Kau bertamu di teratak murahku?Yang aku
menangi mudah. Dari loteri tajaan syarikat jamu?Yang aku hiasi
meriah. Dengan potret gadis idaman kalbu?Mahukah kiranya kini, sesudah
kau berubahKau menjamah masakan hidanganku?Seorang yang tidak
bersembahyangYang berdoa bila perlu?Seorang yang sujud untuk
menayang. Yang dia alim Muslim bermutu?
Mahukah kiranya kini,
sesudah kau berubahKau datang menziarahiku?Sedang kau menasihat dan
bermesyuarat. Biarlah aku hidang teh dan air jus. Sedang kau bersyarah dan
bertazkirah. Biarlah aku tenung anak matamu. Dan aku khayal
mengelamun. Dan aku berangan sampai ke Jepun Kata-katamuTidak
meninggalkan kesanIa berlalu Dari telinga kiri ke
kanan Oh Kawan lamaku, si karkun Usaha murnimu yang
tekun Adakah Kau menghargai sama Pengalaman lama?MahukahKau
menilai semula. Persahabatan kita?Mahukah kiranya kini, sesudah kau
berubah?

Tuesday, February 14, 2012

Surat seorang da'ie yang keluar dijalan ALLAH untuk isterinya.

WAHAI ISTERIKU
Hari ini aku pergi
meninggalkan kamu
meninggalkan anak-anak kita
meninggalkan rumah kita
yang penuh kenangan.

Hari ini aku pergi
kerana perintah dari Dzat
yang telah menancapkan
getaran dihatiku
ketika menatapmu
di saat malam pertama kita

Hari ini aku pergi
untuk menyenangkan hati Seseorang
yang telah korbankan seluruh hidupnya
untuk kebahagiaan kita hari ini
sehingga kamu dan aku
berjumpa dalam keadaan islam

Hari ini aku pergi
untuk menghapuskan luka
Sayyidul Ambia’ Muhammad S.A.W
kerana lautan maksiat
yang telah dibuat oleh orang
yang mengaku sebagai umatnya

Jadi…. wahai isteriku
aku pergi tinggalkan kamu
bukan kerana aku tak menyayangimu
tetapi kerana…
ada mata yang tak mengantuk mngawasi kita
mengawasi cinta kita
ada tangan yang akan menghancurkan kita
ketika cinta kita
melebihi cinta kepadaNya…

Jika esok….
ketika kau terbangun dari tidurmu
kau dapati aku tiada disisimu
maka…cepat lah bertahmid
ALHAMDULILLAH….

Kenapa?
bukankah Ummul Mu’minin Aisyah r.a
ketika merasa senang
kerana hidup bersama Rasulullah S.A.W
Rasulullah S.A.W katakan:
“Bahawa orang yang paling bahagia adalah orang yang suaminya keluar dijalan Allah
kerana dia bukan hidup dengan kekasih Allah tetapi dia hidup dengan Allah swt”

Jika esok
ketika melihat kamar kita sepi
tiada gurau senda
seperti hari sebelumnya
maka…
bayangkan olehmu
bagaimana rumah sahabiah
suami mereka selalu pergi membawa pedang
terkadang tiada khabar
yang ada hanya kubur…
tetapi apa mereka katakan….
biarlah rumah kami sepi
asalkan rumah-rumah diseluruh alam
penuh dengan nur iman

Jika esok….
tiada tangan yang memberi suapan
ketika kau makan
seperti selalu
yakinlah wahai isteriku
Allah swt akan menyuapmu
dengan hidangan yang memiliki 70 rasa di jannah
yang tak akan jadi kotoran yang jijik…
bahkan mngeluarkan keringat melebihi kasturi

Jika esok musibah dan ujian datang kepadamu
dalam kehidupanmu tanpa aku
lihatlah hatimu
kemana kamu berlari?
saat itu Allah swt melihat hatimu..
segeralah berwudhu
dirikan solat
mengadulah kepada Robb mu
kau akan bahagia
di dunia yang sementara
dan akhirat yang kekal abadi

Jika saat itu
kau cari pertolongan dengan kebendaan
itulah kegagalan dalam hidupmu
kau akan menderita selama lamanya

Janganlah kamu bangga

seandainya dapat seluruh dunia dan isinya
tetapi… kamu kehilangan Allah swt
maka itulah kerugian yg besar bagi mu
biar pun…
kau berhasil menjaring Jibril a.s
dan kau boleh perintah mengikut kehendakmu
itu pun bukan kejayaan
jika hari harimu kehilangan Allah swt
orang yang kehilangan Allah swt
kehilangan segala galanya
padahal…
barangsiapa yang dapat Allah swt
dia dapat segala galanya

Jika esok
kau lihat rumah jiran kita
suara tawa dan keceriaan terdengar dari sana
suami mereka selalu dirumah
tak pernah khuruj fisabilillah
jangan kamu iri…
tetapi kasihanilah mereka..
kerana..
mereka sedang dalam tangisan dan permusuhan
yang hebat dirumah mereka
dirumah mereka akan datang malaikat maut
menjemput setiap nyawa yang ada
tanpa belas….
walau mereka kata…
jangan ambil isteriku
jangan ambil anakku
takkan ada tebusan sedikit pun
dan tak tertangguh sesaat pun
saat itulah penyesalan datang
Ya Allah kerana kesibukanku dengan dunia
dan memenuhi hajat isteriku
aku lalai dengan perintahmu
aku lemparkan sunah-sunnah Rasul
dan begitu asyik makan minum
bersama anak isteriku
seperti haiwan….

Isteri dan anak-anak pun akan berkata;
wahai suamiku..
mana tanggungjawabmu?
kau tak pernah sirami hatiku dengan nur iman
tak isi buku catatanku

Bayangkanlah oleh mu
bagaimana jika seorang suami
yang hanya pandai mencari duit
apakah buku amalanmu akan brtambah…?

Jadi isteriku…
kepergianku melewati batas negeri
adalah untuk persiapan
pesta yang besar-besaran untuk kebaikan kita bersama

Ahli dunia
yang belum selesai tugasnya
akan gelisah
tak boleh tidur dan makan
Aku pun demikian
tak akan tenang
kerana belum sempurnakan iman
kamu dan anak-anak kita

Aku takut satu hari nanti
dimana bumi dibelah
dan isi dadanya dikeluarkan
sedang Allah swt berfirman; Iman kamu tak diterima….

Walaupun kita menunaikan haji
dan berjuta kebaikan
jika iman tak diterima
maka habislah segala galanya
kerana dalam hati ada selain dari Allah swt

Ketahuilah dunia ini bangkai
dan yang mngejarnya adalah anjing!!
itulah sebabnya..
aku khuruj dijalan Allah
untuk membuang kecintaan pada dunia
mudah mudahan Allah SWT mencintai kita
dan memudahkan perjalanan kita

Ketahuilah bahawa kematian adalah hari raya
bagi orang yang memiliki iman kamil
sedang bagi orang kafir
kematian adalah puasa selama lamanya

Aku tinggalkan kamu
untuk merubah kesedihan
dalam kematian menjadi hari raya yang meriah

Ingatlah…
maut adalah kenderaan
setiap insan menuju Allah swt

Pada saat itu
apa yg kita perlukan?
bukan harta atau kerajaan
tapi iman dan amal soleh
sedangkan untuk sempurnakan iman
adalah korban mujahadah
harta ,diri dan masa
pada jalan Allah swt

Percayalah
walaupun aku yang maju dihadapan musuh
tetapi kamu yang terlebih dahulu dibukakan pintu syurga
oleh Malaikat Ridwan a.s
kamu akan menunggu 500 tahun
berhias dihadapan cermin emas
dan menjadi ratu kepada 70,000 bidadari
dan malaikat..

Itulah sebabnya…
jangan tertipu dengan wanita dunia
apa pun yang mereka buat
tiada harga disisi Allah swt
jika iman tiada dalam hati..

Malik bin Dinar pernah berkata;
nilai wanita cntik didunia ini
tidak lebih dari biji kurma saja

Maafkan aku..
kerana tak pernah
membawamu ke salon dunia
kerana aku tak mahu kamu ditipu mereka

Baju yang kamu pakai pun
dari bahan yang murah
dan berwarna hitam
menutup wajah manismu

Tapi ketahuilah…
baju itu lebih baik
dari dunia dan seisinya
kerana itulah pakaian isteri seorang raja dunia dan akhirat
iaitu pakaian Ummul Mu’minin
isteri Rasulullah SAW

Jadi, jangan terpesona dengan pakaian ahli dunia
gelang yang mereka pakai
akan dipanaskan dan ditempel dipunggung mereka
gincu yg mereka pakai
akan menarik mulut mereka sampai ke perut
rambut yg didedahkan pada org
akan digantung dan dibakar api dibawahnya

Dan pada hari itu…
tiada lagi siulan yang mengagumi mereka….
mereka berteriak….
alangkah baiknya jika aku berhijab dahulu
aku terfitnah dan menyebar fitnah

Jangan kau tambah ilmumu tentang keduniaan
yang mnyebabkan kamu mencintainya

Aku bangga
jika orang bertanya kepadamu
dimanakah tempat shopping terhebat di sini?
sedangkan kau mengatakan kamu tidak tahu

Ketahuilah….
Sahabiyah r.ha tidak tahu jalan dikampung mereka sendiri
tetapi…
mereka tahu jalan-jalan menuju syurga
itulah sebabnya mereka telah hantar
anak-anak dan suami mereka ke syurga dengan jalan pintas

Teriakan mereka
menjadikan orang seperti Amru Bin Jamuh yang lumpuh
menjadi masyhur di langit
Isteri Amru berkata;
pergilah kamu bersama anak-anak
janganlah kamu menjadi pengecut..

Ketahuilah…
kerana wanita menyeru jihad
telah ramai lelaki menjadi raja di Syurga

Sunday, February 12, 2012

salam perkenalan dari hamba ALLAH yang lemah ini...


Memang aku buntu nak tulis ape pun tak tau sedangkan dalam hati memang banyak perkara yang hendak diluahkan. Tujuan aku menulis blog ni pun bukannye ape cuma hendak cari saluran untuk aku salurkan ape yang terbendung dalam hati ini dengan melihat ape yang terjadi dalam dunia kini yang memang memerlukan aku memberi pendapat aku sendiri hehe...okla biar aku mulakan dengan pengenalan diri aku yang tak seberapa ni..
Nama: Umar(nama tokoh yg aku minat)
Umur: 28 dah tahun ni..dah tua dah rupanye aku...amal bnyak mane je baru...
Asal: Sungai Siput Utara Perak (Bekas tempat Samy Vellu bertapa hehe..jalan cantik oo dulu..skrg tk dah ..:-(. )
Adik beradik: 5 orang dan aku yg ke 3, 3 laki2 dan 2 perempuan.
Ayah aku pesara dan mak aku suri rumah sepenuh masa.Tapi ayah aku lumpuh akibat kene strok pada tahun lepas. So mak aku lah yang jaga dia dengan dua org adik aku yang tingal sekali. Keluarga aku pun bukanlah berasal dari keluarga yang kuat agama dan pandai ilmu agama.
Aku sekolah sampai tingakan lima dan lepas tu smbung diploma dalam bidang duniawi yang sementara.

Walau pun aku bukan berasal dari keluarga yang kuat agama namun dalam adik beradik aku semua akulah yang paling tunjukan minat dengan agama dan bukanlah niat aku nak mengatakan yang aku ni bagus cuma nak bagi tau yang aku bersyukur yang ALLAH pilih aku dari adik beradik aku. Cuma aku minta kepada pengunjung blog ini jangan lah tnye aku pasal hukum2 atau perkara2 yang berkaitan atau menentukan suatu hadis sesungguhnya hamba ALLAH ini masih lg belajar dan belajar lg..dan jagan lah kita berbalah pendapat diruangan blog ini jika ade yang tak sependapat dengan ku kerna nabi Muhammad itu benci pada orang yang berbalah kerana perselisihan pendapat..jalan terbaik bermuzakarah dengan elok. Jika ada salah dan silap dalam penulisan aku, aku berharap ade yang sudi menegur hamba ALLAH yang serba kekurangan ini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...